Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Ketaq tangan

Ni lah jadinya bila lama x amik tempahan.. macam2 alasan yg dibuat bila x nk amik oder.. ye lah kalu dh lama dok saja mmg lemau jer bdn nk start membaking.. 

Minggu ni byk pulak yg buat oder..sumenya tempahan yg x leh di tolak..  dari jiran2 terdekat,SIL, kwn yg pnh mengoder sblm ni.. ada yg nk durian crepe,ada yg nak muffin.. kek , hari ni lak ada jiran nk kek red velvet .. kena la buat ..bak kata kakak aqilah .mama x baik tolak rezeki .

... ekceli esok pun ada yg nk oder apam polkadot ..tp malas la nk amik oder hari sabtu..dibuatnya dorang mai amik lewat petang x ker jenuh nk menunggu dorang amik apam ni . Jawabnya x leh jalan2 cuci mata ler hujung minggu.so senang citer akak tolak oder tuh dgn penuh berhemah .

Ok lah nih CRV deko yg serba serbi kekurangan .. dek tgn yg x habis2 terketaq.. asal nk deko kek mesti terketaq tgn .. asal terketaq mesti nk deko kek .. erm. Harap2 kena la ngan selera dorang .. 

Tuesday, April 9, 2013

Kek Sarang Semut

Source : FB Buku Resipi
Resipi  : Qaseira Ummi
Olahan : ixora ll

Bahan2
Karamel
1 cwn gula ... kurgkn 3/4 cwn
1 cwn air panas

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sud kecil soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca mentega

Cara membuat
Masak gula hinga menjadi karamel / hangus.. masukkan air panas dan kacau sehingg cair ..  (hati2 masa ltkn air krn gula akan meletup2)
Kemudian masukkn mentega. Kacau hgga cair .. sejukkan

Pukul telur hingga kembang .. masukkan susu pekat kacau sebati..

Masukan tepung yg sdh diayak bersama SB  kedlm adunan telur . Masukan juga gula karamel .kacau sebati..

Masukan adunan kedlm loyang pembakar , perap 3-4 jam ( k yati perap 1 jam shj) .

Ketuhar 180ºc - 45minit..

K.yati bakar 30minit api bwh shj ..15 minit lagi api atas bawah.

Sunday, April 7, 2013

Kek Pisang Sempoi

Ada lebihan pisang yg dh tersangat masak.. dan dh tersgt sesuai utk buat cekodok pisang atau kek pisang.

K.yati pilih utk buat kek pisang . Kek ni bila dh masak terus htr ke rumah SIL sebijik sbb kt rmh x der org nk mkn . Kt rumah SIL sempat merasa sekeping .mmmg gebus dan k.yati dh kurangkan 1/2 sukatan gula dari resipi asal.. manakala utk tepung pulak akak guna SRF , resipi asal guna tepung gandum plus BS dan BP .

Bahan .. 
Source myresipi.com @ sofinar

150gm pisang masak
180 gm tepung SRF
80 gm gula halus (resipi asal 180gm)
3 biji telur
120gm minyak masak
1 sudu kecil ovelate
Secubit garam

Caranya .

Panaskan oven 180ºc

Campur semua bhn dan guna high speed mixed selama 6 minit

Masukkan kdlm loyang yg dh digris dgn minyak .. kalu suka blh dihias dgn potongan pisang diatasnya .

Bakar 40-50 minit..

Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

Friday, April 5, 2013

Rainbow Cake, air tangan kakak Qlah

Qlah buat utk celebrate bday kwn2 sekelas kt uni hari ni ..

Bahan2..
250gm butter
180 gm halus
300 gm SRF diayak
5 biji telur
1sudu besar esen
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan fresh milk
6 warna pilihan

Cara2
Pukul butter dan gula sehingga gebu
Masukkan telur sebiji2 ..sambil dipukul hingga sebati
Masukkan esen dan susu pekat .. pukul sehingga sebati..
Last masukkan tepung berselang seli dgn susu cair sbyk 3 kali ..guna kaedah kaup balik ..

Bahagi adunan kpd 6 bhgian .. dlm 210gm each .. letakn pewarna setiap satu..
Masukkan kedlm loyang
Siap utk dibakar
Suhu 180ºc 14 minit ..

Utk topping sila rujuk topping red velvet ..

Tuesday, April 2, 2013

Anis Choc Moist Cake

Dh byk kali buat acmc ni.. kali nih buat sbb anak k.yati farid nk bawak balik ke asrama..

Farid ckp kwn2 dia mkn sampai menjilat jari masa 1st time bwk ke asrama feb lps.. alahai dok asrama apa2 pun sodap mkn ramai2 sambil berebut..

Resipi dari fb acmc .. tima kasih banyak2 utk anis for de resipi  kek yg famous seantero malaysia nih ..

Bahan..
Air,minyak,susu pekat,gula dan serbok koko semuanya 1 cwn .. masak kesemua sehingga gula larut dlm air..

2 biji telur dipukul asing didlm mangkuk dn masak sekali dgn bhn diatas..

Last masukkan 1 cwn tepung bersama 1/2 sudu teh soda bikar dn 1/2 sudu teh double action bp..

Kukus kek klu 1kg 20~30 minit..

Topping ..

Panaskan 1 cwn minyak masak.. masukkan susu pekat dan serbok koko semuanya 1 cwn .. kacau hingga sebati / rata.

Sedia utk topping. 

.. klu nk cair blh tambahkan air panas or fresh milk.
.. blh juga kurangkan serbok koko ..
.. blh tambah manis/ gula jika perlu / mau..

Friday, March 29, 2013

Kek Pelangi / Cake Rainbow

 kek nih aqilah anak dara k.yati yg buat, dh lama dia nk buat sbb dia ckp nk beli one piece pun dh mahal.. resipi dia sendiri yg google .. semua nya dia buat kecuali untuk topping keseluruhan cake k.yati yg buat .. alhamdullillah kek menjadi dgn cantik .. cuma k.yati x berapa suka dgn topping crimcis yg dibuat sbb cepat muak .. kek pulak sedap dan gebu ..

untuk resipi kena cari kt tab qlah dulu sbb dia yg simpan sume resipi yg dia berkenan ..
\

Thursday, March 28, 2013

Kek Red Velvet


Kek ni dh lama k.yati buat .. sangat sedap dan tekstur kek yg sangat gebu dan lembut .. topping krimcis yg sgt sedap .. memang menepati citarasa ...

resipi k.yati dapat hasil kt blog irmalondon yg dh menjual beratus2 biji kek red velvet nih .. utk satu adunan kek dapat 2 biji kek size 6in dgn 2 layer each ..

sumber : irmalondon.blogspot.com
k.yati copy n paste dari blog irma ..
tq irma ..


Resepi Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Jom buat kek.

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. Nanti nak pukul lagi. Sian dia nanti. Berbirat badan kena pukul. ~Cubit kang~

Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering. Bukan apa. Katalah kulit telur tu TERjatuh dalam adunan. Kena pulak mak mertua depan mata nampak. Kang tak pasal-pasal kena leter sedas. Kalau mak mertua tak kisah tak apa. Contohlah kan. Esok-esok saya bagi contoh mak sendiri pulak. Err.. rasanya mak sendiri tak kisah kot. Kan mak..?

Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius. Arahan ni. Jangan main-main. Sambil buat muka comel. Ewah.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu. Ampun ya chekgu.

Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.

Disebabkan saya tak sabar. Gopoh. Nak cepat tengok hasil. Tak sampai satu jam saya dah keluarkan kek dari bekas. Gigih sangat. Hasilnya kek saya sedikit hodoh dan tuannya mula cuak takut pecah berderai. Tahu pun takut. 

Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. Biasalah, saya ni kadang-kadang TERlupa. Belasah ja keluarkan cream cheese dari peti ais. Tak nyempat-nyempat la tu. 

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Sumpah tak tipu. Gabungan semua bahan ni memang sangat-sangat sedap. Ntah berapa kali saya mencuba sampai tak boleh berhenti. 

Cara-cara menghias Topping Cream Cheese.

Sekiranya korang TERlebih rajin. Belah kek menjadi tiga atau empat lapisan. Saya tak berani nak potong. Takut pecah. Siapa yang nangis nanti?

Jadi kek saya ada dua lapis sahaja. 

Ini kaedah dua lapisan

Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah. Ada paham ka? Jadi nanti dia akan terpenyek rata juga.

Sapukan cream cheese mengikut citarasa anda. Saya sapu sikit ja. Tak tebal. Takut konon. Sebenarnya lagi banyak lagi sedap.

Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung. 

Dalam kes saya terbalik. Saya letak bahagian bawah di bawah kerana kesilapan teknikal (tak sabar sebenarnya) kek saya terpecah bila saya nak tanggalkan kertas minyak. 

Sila tuang kesabaran yang tinggi bila mula menghias bahagian atas. Terutamanya orang seperti saya yang baru pertama kali nak buat. Keras tangan sungguh. Dah la takda spatula panjang. Jangan tanyalah alas kek yang boleh pusing-pusing tu. Memang takda. Idea baik punya pun datang. TING..! Guna pisau panjang la jawabnya. HaHa.

Masa ni la saya tabik spring toing.. toing.. pada mereka yang pakar menghias kek. Sebagaimana cantik mata memandang begitu jugalah lembut tangan mereka menari-nari bermain dengan spatula. 

Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais. Tak sabar dah ni nak tunggu hasil esok.

Keesokkan paginya. Naik pejabat terus buka peti. Tak sabar nak potong. Ambil gambar dan makan.

Berdebar ni... Apalah rasa kek baldu merah ni.. Dup.. Dap.. Dup.. Daaappp..!

Dengan segala hormatnya dipersembahkan....


KEK MERAH BALDU / RED VELVET ..

Saturday, March 23, 2013

Steamed Red Velvet


Apabila x der keja mula nk cari keja.. bila ada keja mula lah fikir bestnya bila dok bersantai2.. serbi serbi x kena kan..

Ni kes gatai tgn nk buat sumtin.. terfikir lak nk buat red velvet cam yg dok jual kt petronas tuh.. akak pun try ler n error apa yg ada kt dapor.. 

Resipi kek nih masih kena perbaiki sbb  cam padat skit .. kena buat sesuatu lagi.. tapi keseluruhan masih lagi sedap.. tp bak kata org masih blh diperbaiki.akak nk tekstur yg gebus dan ringan skit .. nk kena g sekolah lagi nih.kes x cukup ilmu. 

Friday, March 22, 2013

Experiment

Testing, testing,testing.. ni versi gatai tgn nk membaking..  org nk order mls pulak nk ambil tempahan .. huhu ..tp bila dok saje2 gatai lak tgn ni mengodek sumtin kt dapor..

Ermmm agak2 jadi ker idok eksperimen den ni.. kita wait n see .

Sejak guna hp utk update blog nih mcm terlebih rajin lak nk wat entry..

Sambil2 tggu kek masak leh wt entry..x yah susah2 nk edit gambar, main taram jer gambar kelabu asap pun jadi..

Friday, October 28, 2011

Kek Batik Cheese

sebenarnya nk buat kek lapis persona yg tgh meletoppppp2 tuh .. tp tk tau camaner tiba2 dpt idea nk buat yg lagu nih ...

Bahan2 ( loyang 7x7)

1 paket biskut marie perisa coklat

250gm philadelphia creamcheese
80 gm gula halus
120 fresh cream


1 sachet Nescafe 3 in 1 (regular)
1 cwn air panas dicampurkan dgn nescafe di atas

6 belahan buah peach .. potong dadu

Cara2

1.Alaskan loyang dgn kertas minyak
2. Pukul creamcheese bersama gula sehingga sebati.
3. Masukkan fresh cream dan dipukul lagi sehingga gebu.. ketepikan.
4. Celupkan biskut marie both side dgn air nescafe ( sekejap saja) .. dan susun dlm loyang sehingga penuh dasar loyang tersebut
5. Letakan sedikit creamcheese dan ratakan, taburkan sedikit potongan buah peach, ulang step nih sehingga habis ..
6.Apabila selesai .. hentak2 kan loyang supaya mampat.
7. Simpan dlm peti ais semalaman .. Lepas tuh blhler dihiaskan dgn serbok koko, hirisan coklat ker, serbok oreo ker, atau apa saje yg kita suka.








Posted by Picasa

Sunday, April 10, 2011

Kek Gulung Kasih @ DJ



rasanya rata riti dh buat kek nih , dan sumenya komen sedap dan lembut .. k.yati pulak baru ari nih terpanggil nk buat kek gulung nih .. slow skit pick up tak macam org len .. mmg senang dan sekejap jer buat kek nih, tk sampai sejam dh siap boleh di makan .. tks DJ mtk izin cnp kt blog k.yati..



Kek Gulung Kasih

bahan-bahan : (loyang 9inx 9 in or 10in x 10in)

70 g tepung gandum (diayak)

1 sudu besar susu tepung

3 biji telur A

60 g gula kastor ( k.yati letak 40grms )

60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu kecil ovalette

Pewarna merah, hijau dan kuning


cara-cara :

Panaskan oven 170-180C.

Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.

Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.

Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.

Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit.

Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. Gulung kek dengan kemas. Bolehlah dipotong dan




Tuesday, March 29, 2011

Mini Oreo Cheesecake (Baked)

air tangan aqilah .. dia mimpi apa pun tk tahu ler , masa balik amik result spm last week suh k.yati ajarkan baking cheesecake ..katanya nk bagi kt kawan sempena bday .. k.yati suh dia pilih yg mana dia berkenan , last2 dia berkenan kt resipi dari blog k.ummi@ kuantan .. tp resipinya k.yati amik kt blog k.wan @ citarasawan .. tks 2 both of you .. disebabkan dia yg nk belajar so k.yati supervise jer .. 1st time ler katakan byk gak ler yg dia blur mengalahkan dok kt lab science ..






kami wat 1/3 adunan jer pastu guna loose pan 6in .. .. tk der gambar post mortem sbb bagi sebijik terus .. ;)

Bahan2 :


resipi asal sini :: :resipicitarasawan

Sumber : resipi citarasawan Bahan Dasar 200gm biskut oreo - di buang krimnya 50gm mentega cair Bahan Filing 750gm keju krim 130gm gula kaster 1/2 Tbsp esen vanila 3 biji telur 200ml whipping krim 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)atau acuan 8" menghasilkan satu biji Cara-cara Dasar Kek : 1. Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan. 2. Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu di ikuti dengan whipping krim. Putar hingga sebati. Masukkan biskut oreo, gaul rata. 3. Ambil 1 cawan penuh krim keju dan tuangkan ke atas dasar biskut tadi. 4. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam. 5. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. 6. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

Thursday, February 24, 2011

Blueberry Cheesecake

sementara menunggu rsyad pulang dari kelas tae kwan do, update dulu entry nih, sebenarnya kami akan ke shah alam petang nih,lambat ler skit bertolak sbb rsyad tak nak ponteng kelas tae kwan do, so mama dan abah terpaksa ler tunggu dengan penuh kesabaran ..huhu ..hajat dihati nk bertolak tghari tp apa kan daya hasrat tk sampai.. hehe

sebenarnya kek @ dessert nih adalah lebihan dari tiramisu cheesecake yg org oder, so k.yati skip bahagian coklat just letakan blueberi pulak kt atas .. mmg saje lebihkan filling masa dok mix tuh, dapat ler 2 gelas utk hb dan rsyad. masa dok prepare nih rsyad cakap .. mama buat yg nih lagi.. sedapp !!! rsyad sukeee .. sib baik dia suke ..
Posted by Picasa

Monday, February 21, 2011

Kek Lobak Merah Lembab

dah lama buat kek nih , masa qilah n farid balik cuti raya cina awal bulan ari tuh .. dh lama nk buat tp sbbkan tk ramai rakyat yg ada kt rumah terpaksa ler tunggu giliran .. resipi nih dh lama intai kt 1001 resipi , pastu nampak pulak kt blog kak noor masri @ coretan dari dapor .. tks pada penyumbang resipi , resipi nih amik kt rumah kak noor masri ..

bercerita pasal semalam pulak , budak tembam nih kena surprised .. surprise apa yer ?? hb balik tanpa inform dia ..sepatutnya hb balik awal mac , disebabkan keja dah selesai dia pun balik awal lah .. terkejut ler rsyad bila balik sekolah smlm hb gi amik dia ngan motor , siap tanya kan abh cakap abh balik bulan mac .. pastu apalagi dia pun wat keluar ler his long list .. hehe ;)
Posted by Picasa

Saturday, February 12, 2011

Red Velvet yg YuMMyyy

dh beberapa hari or dh seminggu lebih , diet asyik ke laut jer .. tekak nih terasa nk makan benda2 manis jer , wlpn dh hampir 3 bulan tak makan nasi dan amik minuman manis dan tak kisah pun kalu tak ada nasi , tp nowadays ni tekak nih asyik nk maman kuih dan benda2 yg sewaktu dengannya ..adeiihh .. ok lah dh lama nk buat red velvet nih ,tp masa anak2 ada ari tuh sibok kt benda lain pulak, so tk sempat ler nk buat, smlm ada tempahan cc skit so terus jer lah bake cake nih 1/2 adunan ..

so pagi2 nih bf ngan cake i tell you .. hehe , ni byk lagi nih sape ler yg nk kena perabih .. mana ler anak2 jiran nih,mai ler lalu lalang kt depan umah, boleh ler merasa kek merah ku ini .. kek jadi kaler gelap sbb tersalah baca resipi, resipi suh boh 1 sk serbok koko, k.yati boh 1 sb serbok koko, outcome jadi ler kaler merah gelap gitu .. ahak ..apa2 pun sedapp maaaaa ...

resipi amik kt buku kek cawan lynn hassan terbitan karangkraf (my cc sifo i tell you) .. sape2 yg nk resipi yg lazat nih boleh ler beli buku nih kt lynn .. ;) .. ari tuh tgk kt kedai buku depan rumah k.yati Pustaka Munirah ada gak jual buku nih .. kalu ku tahu kedai nih ada jual x der ler beli buku ni on9 ..jimat harga posting .. lagi pun kalu beli kt PM nih dpt lak 10% diskaun .. hehe
Posted by Picasa

Monday, December 13, 2010

Seharian Di Kuantan

tepat 7.30am semlm keluar dari rumah, 1st singgah ke Bistro utk sarapan , pas tuh pkl 8 lebih terus ke kuantan airport menghantar Qlah dan Farid cuti2 ke negeri dibawah bayu bahhhh , Syahin take same flight balik ke SJ .. flight ke KL pkl 10.15am , pas jer dorang check in terus ke rumah kakak ambo kt bukit istana , rehat jap then ajak kakak teman shopping barang2 skit .. dh abis shopping blk n rehat sampai ler ke petang .. puas Rsyad dpt main ngan sepupu dia.

pkl 6 ptg bertolak balik ke rumah, sampai kt bandar chukai singgah jap beli nasi ayam kukus utk Rsyad , sampai kt rumah dh nk dekat maghrib , 5 min pas tuh tima call dr Qlah ckp dia baru jer sampai ke KK , kata dia flight delay 30min .. ermmm ingatkan naik MAS flight punctual ..

mini cheese cake ni buat berdasarkan lebihan cheese utk cistat + biskut tiger coklat dihancurkan + crumb biskut for topping kt atas ..buat 2 hari lepas .. depa ckp sedap , ambo x tahu ler sbb x makan pun ..
Posted by Picasa

Saturday, July 17, 2010

American Choc Cake

alhamdullillah ...penat yg tidak terkata setelah 2 hari (semalam dan hari ni ) berulang alik dari kemaman ke k.berang atas urusan anak2.. syukur semuanya dpt ditangani sorang diri hanya bertemankan acad.. cik abe dh start keja ..so skg memangku jawatan dia sehingga awal pose .. hal anak2 yg jauh dimata tp dekat dihati ttp harus dilunasi atas rasa tanggungjawab seorang ibu .. kata nk jadi ibu mithali n supermom .. hehe .. mama penat skit tak per .. oklah dlm pada tuh sempat gak godek 2 biji coklat nih tuk aqilah n farid mkn ngan kawan2 kt asrama .. ermm oklah nk chow dulu, nok gi betulkan urat2 kaki yg dh lengoh2 n sengal2 ..;) nite
Posted by Picasa

Saturday, December 12, 2009

Kek Keju Tiramisu Untuk Birthday Org Tersayang

dis cake specially made by ME ( his wife and not the bakery shop this time ) for my beloved husband, to celebrate his birthday .. jatuh pada 10th Dec .. but di sambut semalam cos birthday person baru blk dari outstation work last night ..we all had dinner outside otw back home after fetch him at de kuantan airport .. hehehe org lain punya bday orglain yg dpt present ..bday person bagi CD parfum for ME ..wakaka ..bucyukkk sangat kot his wife nih sbb tuh sll beli parfum kt mek dia .. niway tks my dear .. lain kali beli yg lain pulak k .. ;D

sebelum gi airport posing dulu ler kek nih ..

versi yg dh dipotong

yg ni versi dh ditaburkan dengan serbok koko sebelum dingap ..

resipi amik kt
Buku Kompilasi Hidangan Kek
Terbitan Alaf 21

Posted by Picasa

Sunday, November 22, 2009

Chocolate Moist Cake VS Amik Q-lah

sangat sedap , sangat lembut n sangat chocletie .. projek semalam sebelum gi amik aqilah kt kuala berang .. pkl 3 ptg bertolak sampai rumah kembali pkl 8.30 mlm ..mmg sgguh mencabar perjalanan semalam ..dengan hujan yg tersangat lebat dn x nampak jalan , dengan air yg sudah melintasi jalan , dengan hari yg dh hampir malam .. dgn jalan yg byk rosak dan berlubang .. dengan jarak pandangan yg hanya 50m sahaja .. hanya tawakal dihati meredah semua itu .. kalu ingatkan balik mmg seram jugak ler bwk keta semalam .

aku mmg kalu blh avoid mmg aku avoid utk drive long journey pd hari yg dh nk hala kemalam, satu lagi dlm hujan lebat yg x npk jalan, tp apakan daya hati seorang ibu .. apa lagi yg nk dikata .. ermm semlm brp byk lubang dh aku langgar (mmg nk kena service ler keta pas ni) .. pemanduan yg tersangat slow dan kadang ketengah kadang ketepi ..last2 aku convoy jer dgn keta2 yg otw ke kuantan .. masuk ke bandar baru bandi lagi ler trill bila byk tpt dh dinaiki air ..masa tuh pulak jln2 kat situ dh byk air melintas jalan .. perrrghh aku main langgar jer lah ..mmg x npk aper pun .. tau2 keta dh kt dlm air , keadaan yg sama berlaku masa kt Ibok .. kat situ mmg air dh melintasi jln dlm jarak dh 300 m aku agak lah tp nasib baik ler x dalam ..apa2 pun alhamdullillah aku dan aqilah selamat sampai kerumah ..
oooppss berbalik citer kek nih .. amik resipi kat rumah ina @ jepun ..sape2 nk try blh skodeng kt rumah dia yer sbb tuan rumah mls nk cnp .. buat 1/2 adunan jer .. merekah skit kt atas tuh tp x der nya aku nk repair2 sbb nak buat makan anak beranak jer .. letak ganache (80gm fresh cream+100gm coklat) .. wallaa
yg dh siap dipotong .. ni acad punya bahagian .. mak dia x leh mkn byk2 amik wat rasa jer ..wehhh berat x turun nihhh .. ;D
Posted by Picasa

Friday, October 30, 2009

American Chocolate Cake

buat tengahari td masa ab pergi sembahyang jumaat .. lepas dia balik dr sembahyang .. den pun pergi la ke supa kejap sbb nak beli kan barang2 yg nak bawak untuk aqilah n farid esok .. so kek tuh tinggal utk disejukkan la .. balik2 dari supa terkejut gak bila dia cakap acad dah makan kek coklat mama .. adeihh ni nak kena wat lagi ler utk aqilah .. pastu gi check kat dapur ..ahhh lega sib baik acad makan yg den buat dlm bekas kecil ..sbb td wat 2 loyang .. satu dlm bekas 7x7 and yg balen dlm loyang oval .. perghhh lega ..
jadi yg ni x dan ler nak letak ganache sbb ingatkan lepas balik dari supa td baru nak wat ganache dia ..bantai jer lah makan cam tuh jer w/out ganache ... w/out ganache pun dah sedappp .. punya ler banyak acad makan tggal separuh jer utk mama ngan ab ..
yg ni pulak utk bawak kat aqilah n farid kat asrama esok .. so masuk lam peti ais ler mlm nih n the taste will be lagi la sedapppppp .. x der deko2 just curah jer coklat ganache .. esok baru blh post mortem kek nih ..
resipi kek ni sama ngan k.ummi dari kuantan .. same2 la kita ari nih yer k.umi mkn ACC ..
Posted by Picasa