Sunday, March 31, 2013

Pulang ke asrama

Dh habis cuti sekolah. Masa utk ke sekolah semula .. flight dr subang ke KT pkl 10 pagi tadi.. sekejap jer dh habis seminggu cuti sekolah .

Abg farid belajar dgn tekun ok.. no more play2 .. jumpa lagi cuti bln 5 nnti.. kalau ada kesempatan mama n abh akan jengok abg kt sana nnti.. no worries.

Petang td  kakak qlah pun dh balik ke kolej semula .. arsyad pula mcm kena amik mc jer esok .. sunat 100% blm ok lagi.. takut nnti kt sekolah terlompat sana, berlari sini..payah nnti..

Teh Tarik Place, Setia City Mall

Petang smlm ingat nk dinner kt Steak House kt Laman Seri.. tp alang2 dh ada kt SCM anak2 ckp dinner kt  area sini saja lah.. tanya arsyad nk makan apa..dia  ckp apa2 saja blh jnji jgn Papparich ..sbb dh sll mkn kt situ..

So kakak qlah decide mkn kt sini..menu melayu plus mamak .. ermm ok lah sedap ..akak amik cham panas dan mee goreng mamak .. Kakak qlah teh tarik dan juga mee goreng mamak. Farid nasi goreng ayam dan  milo suam ..adik nasi goreng kg dan milo ais..

Lps mkn kami sggah jap ke fitness centre nk beli penimbang digital utk timbang lemak2 kt bdn .. ermmmm surprise surpise .. huhuhuhu ..

Lps tuh ingat nk g harvey norman nk beli brg skit tp masa tuh dh maghrib..tnya kakak qlah nk smbhyang kt rmh ke atau kt mall .. dia ckp nk smbhyg kt rmh ..so x jadi ler sggh kt HN ..kami terus blk rmh ..

Saturday, March 30, 2013

Talam Roti Paun

Talam ni k.yati buat masa geng2 surau suami datang usrah kt rumah ..adalah masak sikit2  untuk makan2 masa tuh..antaranya talam roti paun ni..

Bila cari2 gambar talam yg dipotong x der lah x pulak. Maklumlah kalu semua nya nk dibuat x dan dek tgn..sib baik ler sempat gak nk snap gambar masa belum sibuk sgt..

Resipi k.yati ambil dari blog k.wan citarasawan .. alhamdullillah mmg sedap tp arsyad x suka sgt kt bahagian roti.. talam nih ada 3 layar.. layer bwh layer roti..tgh tepung dan atas layar kastard.. .. .

Ok lah nk g bawa anakanda 3 org outing pulak .. td balik dr kenduri kahwin rehat kejap..ni nk keluar lagi ...
Makumlah lah esok dh last day dorang cuti .. kannnnnn

Friday, March 29, 2013

Kek Pelangi / Cake Rainbow

 kek nih aqilah anak dara k.yati yg buat, dh lama dia nk buat sbb dia ckp nk beli one piece pun dh mahal.. resipi dia sendiri yg google .. semua nya dia buat kecuali untuk topping keseluruhan cake k.yati yg buat .. alhamdullillah kek menjadi dgn cantik .. cuma k.yati x berapa suka dgn topping crimcis yg dibuat sbb cepat muak .. kek pulak sedap dan gebu ..

untuk resipi kena cari kt tab qlah dulu sbb dia yg simpan sume resipi yg dia berkenan ..
\

Thursday, March 28, 2013

Kek Red Velvet


Kek ni dh lama k.yati buat .. sangat sedap dan tekstur kek yg sangat gebu dan lembut .. topping krimcis yg sgt sedap .. memang menepati citarasa ...

resipi k.yati dapat hasil kt blog irmalondon yg dh menjual beratus2 biji kek red velvet nih .. utk satu adunan kek dapat 2 biji kek size 6in dgn 2 layer each ..

sumber : irmalondon.blogspot.com
k.yati copy n paste dari blog irma ..
tq irma ..


Resepi Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Jom buat kek.

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. Nanti nak pukul lagi. Sian dia nanti. Berbirat badan kena pukul. ~Cubit kang~

Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering. Bukan apa. Katalah kulit telur tu TERjatuh dalam adunan. Kena pulak mak mertua depan mata nampak. Kang tak pasal-pasal kena leter sedas. Kalau mak mertua tak kisah tak apa. Contohlah kan. Esok-esok saya bagi contoh mak sendiri pulak. Err.. rasanya mak sendiri tak kisah kot. Kan mak..?

Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius. Arahan ni. Jangan main-main. Sambil buat muka comel. Ewah.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu. Ampun ya chekgu.

Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.

Disebabkan saya tak sabar. Gopoh. Nak cepat tengok hasil. Tak sampai satu jam saya dah keluarkan kek dari bekas. Gigih sangat. Hasilnya kek saya sedikit hodoh dan tuannya mula cuak takut pecah berderai. Tahu pun takut. 

Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. Biasalah, saya ni kadang-kadang TERlupa. Belasah ja keluarkan cream cheese dari peti ais. Tak nyempat-nyempat la tu. 

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Sumpah tak tipu. Gabungan semua bahan ni memang sangat-sangat sedap. Ntah berapa kali saya mencuba sampai tak boleh berhenti. 

Cara-cara menghias Topping Cream Cheese.

Sekiranya korang TERlebih rajin. Belah kek menjadi tiga atau empat lapisan. Saya tak berani nak potong. Takut pecah. Siapa yang nangis nanti?

Jadi kek saya ada dua lapis sahaja. 

Ini kaedah dua lapisan

Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah. Ada paham ka? Jadi nanti dia akan terpenyek rata juga.

Sapukan cream cheese mengikut citarasa anda. Saya sapu sikit ja. Tak tebal. Takut konon. Sebenarnya lagi banyak lagi sedap.

Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung. 

Dalam kes saya terbalik. Saya letak bahagian bawah di bawah kerana kesilapan teknikal (tak sabar sebenarnya) kek saya terpecah bila saya nak tanggalkan kertas minyak. 

Sila tuang kesabaran yang tinggi bila mula menghias bahagian atas. Terutamanya orang seperti saya yang baru pertama kali nak buat. Keras tangan sungguh. Dah la takda spatula panjang. Jangan tanyalah alas kek yang boleh pusing-pusing tu. Memang takda. Idea baik punya pun datang. TING..! Guna pisau panjang la jawabnya. HaHa.

Masa ni la saya tabik spring toing.. toing.. pada mereka yang pakar menghias kek. Sebagaimana cantik mata memandang begitu jugalah lembut tangan mereka menari-nari bermain dengan spatula. 

Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais. Tak sabar dah ni nak tunggu hasil esok.

Keesokkan paginya. Naik pejabat terus buka peti. Tak sabar nak potong. Ambil gambar dan makan.

Berdebar ni... Apalah rasa kek baldu merah ni.. Dup.. Dap.. Dup.. Daaappp..!

Dengan segala hormatnya dipersembahkan....


KEK MERAH BALDU / RED VELVET ..

Alhamdullillah

Selesai satu episod.. perkara yg tidak dirancang oleh kami ..

Arsyad dh selamat dikhatankan oleh Dr Maznor ex DEMC .. skg beliau buka klinik sendiri kt Klinik Permata di TTDI .. terima kasih doktor sbb x menolak utk khatankan arsyad wlpn kelinik beliau hanya buat khatan beramai2 hari Ahad lps.. menurut staf beliau kira sgt bernasib baik sbb doktor nk sunatkan arsyad.

Selasa lepas hb call k.yati suruh sunatkan arsyad .. k.yati ada call 2,3 klinik lps tu, tp byk tpt yg x buat.. last2 call erin kwn yg kerja kt DEMC ..dia yg inform pasal doktor maznor .. tp masalah jgk dia x ada no.tel..yg erin ada cuma nama klinik..akak pun google nama klinik dpt ler no.telefon.. terus telefon . Slps berbincang ..staf klinik call akak semula yg doktor bersetuju nk khatankan arsyad.. masa tuh dlm pkl 11am..  appoinment ngan doktor 1 tghari..

Syukur masa proser berkhatan arsyad x menangis sbb di bius.. lps abis ubat bius baru dia merengek skit.. k.yati ngan farid (abg arsyad) msk kebilik dan tgk proses tersebut..hb x der outstation.. dia blk rasanya arsyad dh sihat masa tuh..

Tak sangka gak dlm masa 2 jam k.yati blh buat keputusan nk sunatkan arsyad. Dan arsyad lak x byk soal terus jer ikut tnpa rasa takut..masa doktor tgh sunatkan dia, arsyad siap blh main game lagi kt hp akak.. tima kasih byk2 kt dr.maznor juga sbb merealisasikan perkara nih .. anak sedara akak pun blh sunatkan arsyad.. tp arsyad x nk sepupu dia sunatkan ..dia nk org lain .. hahaha  macam2 hal lah bdk2 ni..

Lupa nk citer ..arsyad sunat cara biasa.klu guna clamp doktor ckp lambat elok nnti x sempat nk ke sekolah.. kena amik mc plk..

Tak kisah lah mana2 pun yg penting arsyad dh sunat .. amin

Wednesday, March 27, 2013

Testimonial Choc Chip Muffin

































Hari ni cucu2 nenetie dr penang dan bangi dtg menziarah.. sempat masak serba sedikit utk lunch.
.
Lepas lunch sempat godek 1 adunan adunan choc chip sambil dibantu oleh cucu nenetie dina ( lupa lak nk ambil gambar) yg sebaya ngan arsyad.

Gambar testimonial cucu nenetie Syiddqie  tgh menikmati choc chip muffin yg masih panas .. Kakak dina pulak cakap kejap jer muffin nih dh tggal sikit.

Kali nih guna adunan yg sama dgn orange choc chip cuma x di masukkan orange emulco dan ditambah 1/4 cawan air panas mendidih..

Laku nenetie wat muffin harini .. laju jer cucu2 nenek mkn.. seronok nenetie tgk.. 

Tuesday, March 26, 2013

Resipi Orange Choc Chip Muffin



Hasil eksperimen last week.. cuba menggunakan buttermilk dan minyak jagung dlm adunan.. alhamdullillah dapat hasil yg memuaskan.

Bahan2

A. Diayak .----
300gm SRF   
30gm serbok koko
Secubit baking powder.

B. Buttermilk
90  gm fresh milk di campurkan
1 sudu besar cuka ..   ::::;;;; 
. biarkan selama 10  minit.

C. Cairkan
90gm fresh cream
60gm coklat masakan
2 sudu besar orange elmulco.

D.
3 bijj telor pecahkan dan dipukul sekejap
Secubit garam
150gm gula halus
150gm minyak jagung

100 gm coklat chip.. ratakan dgn sedikit tepung ..

Cara2 .. 

1.Panaskan oven 200  darjah C
2.Masukkan bhn B,C dan D kedlm mangkuk .. kacau hingga gula hancur dan sebati .. guna hand whisk shj ..
3.Masukkan tepung yg diayak td... kacau sehingga tidak berketul ..
4.Masukkan separuh coklat chip dan separuh lagi utk ditabur di atas adunan.   
5..Timbang 50gm each kedlm souffle cup 2.5oz .. atau 80% drp size paper cup ..
6. Bakar selama 16 - 20 minit.

Selamat mencuba.



Breakfast hari nih

Quick update.. ni breakfast kami hari nih .. ada pggil tortilla/chicken wrap/ buritos.. apa2 ajalah..jnji kenyang perut ..

Resipi utk muffin nnti di update.. sbb pkl 1  nnti ada hal perlu diberesi.. perkara yg akak ambil masa 2 jam utk dilunasi.. persetujuan dibuat on de spot .. nnti kita citer ..

Monday, March 25, 2013

Muffin perfecto

Sementara tggu nk kekuar.. k.yati nk tunjuk kejadian muffin yg akak buat last week.. sgt2 perfect kejadiannya (bagi akak ler)..

Resipi nih hasil eksperiment akak kt dapor.. ingat x jadi tp alhamdullillah cantik merekahnya bak gunung berapi dan manisnya yg sedang2 saja ..

Resipi tggu ya..kita reveal nnti..sementara tuh jamu mata ngan picca akak snap tru hp jer ..

Gambar muffin diambil sejurus keluar dr oven..

Tabung Haji

Hari ni k.yati pergi ke TH di PKNS utk buka akaun dan daftarkan sekali pendaftran haji utk 2 lagi anak k.yati iaitu farid dan arsyad.. Aqilah dh buka n daftar last month.

Macamana ler blh x terlintas langsung kt kepala ni nk buka ac dan daftarkan terus haji utk mereka dulu lagi..masa mrk baru lahir..  asyik2 dok wt saving ke bank lain jer.. spttnya k.yati dr awal mendaftarkan utk mrk nih.. baru last month terdetik, tu kakak ipar akak inform yg 3 anak dia dh dftr n tarikh pergi haji ialah thn 2059.. mak aiiii teekejut den..

So bila farid cuti  sekolah ni akak bawa lah dorang td ke TH ..alhamdullillah selesai satu episod .. thn pergi haji sama 2059 .. sama thn 3 beradik ngan 3 org sepupu mrk .. blh le pegi satu kapal nnti. In sya Allah kalu mama abah ada rezeki lebih blh ler tolong top up tiap2 bulan.. klu x sendiri top up ler anak2 mama bila dh kerja besar nnti .. sekurang2 nya mama dh daftarkan utk anak2 .. ermm klu ler dorang daftar time dorang dh kerja besok.. agak2 thn berapa ya mrk blh g menunaikan haji?

Sunday, March 24, 2013

Lunch - Horizon Garden Restaurant Seri Manjung

Tghari td kami sempat lunch di Horizon Garden.. makanan ala2 Homst jugak ..
Terletak di Seri Manjung,Sitiawan Perak..

Cerita pasal mkn2 jer .. mana lah badan x membesar bagai johan ..

Ok selamat mlm sume .. badan mokcik lotih bebonar .. nak belunjur kaki jap .. in sya Allah jumpa esok pagi..

Adik nk g mana?

Adik nk g mana tuh? Dh ready  packing baju sume.. nk g cuti ke mana tuh?  Siap kira duit dlm tabung lagi... banyak ler benda nk di belinya.

Tgk pada baju tuh mcm x lama? Ermm sehari dua jerr kot nk berkelana? Bagus la adik ni dh pandai pilih n kemas baju sendiri. Mama dh x yah supervise lagi.. ermmm adik dh besar la mama..

Saturday, March 23, 2013

Steamed Red Velvet


Apabila x der keja mula nk cari keja.. bila ada keja mula lah fikir bestnya bila dok bersantai2.. serbi serbi x kena kan..

Ni kes gatai tgn nk buat sumtin.. terfikir lak nk buat red velvet cam yg dok jual kt petronas tuh.. akak pun try ler n error apa yg ada kt dapor.. 

Resipi kek nih masih kena perbaiki sbb  cam padat skit .. kena buat sesuatu lagi.. tapi keseluruhan masih lagi sedap.. tp bak kata org masih blh diperbaiki.akak nk tekstur yg gebus dan ringan skit .. nk kena g sekolah lagi nih.kes x cukup ilmu. 

Late breakfast

Bila cuti sekolah, anak2 mula qada tido utk 2,3  hari, nk ajak keluar bekfes pun malas..

Nilah bekfes kami utk pagi nih... simple2 one je .. janji ada sumtin nk mkn.. k.yati dh makan oat plus muesli dh konyang..

Ermm cuti2 ni mana kita nk jenjalan???

Friday, March 22, 2013

Dinner - Homst Seksyen 13

Lepas ambil arsyad dari sekolah kami terus ke Glenmarie nk ambil keta service.. jln jem teruk dari semua arah..

Lepas drop kn hb kt tpt service keta, k.yati dn anak2 terus drive ke Homst utk dinner.. sampai jer terus order dulu apa patut.. hb menyusul kemudian ..

Alhamdullillah mknan kt sini menepati selera kami sefamili terutama lauk pauk . Klu ala carte kurang menepati selera skit.

Semua dh lapar.. sampai jer mknan dh x toleh kiri kanan..

Experiment

Testing, testing,testing.. ni versi gatai tgn nk membaking..  org nk order mls pulak nk ambil tempahan .. huhu ..tp bila dok saje2 gatai lak tgn ni mengodek sumtin kt dapor..

Ermmm agak2 jadi ker idok eksperimen den ni.. kita wait n see .

Sejak guna hp utk update blog nih mcm terlebih rajin lak nk wat entry..

Sambil2 tggu kek masak leh wt entry..x yah susah2 nk edit gambar, main taram jer gambar kelabu asap pun jadi..

Gomarnya ....

Hanya satu .. sayur bendi goreng ngan telur, ni lah satu2 nya sayur yg dia suka..jgn masak terlalu lama biar ada krup krap bila digigit ...  sapa lagi kalu bukan ketebong mama n abh ... faris arsyad  .. mesti npk byk telor dan  cili .. biar ada npk merah2 cili .. klu pucat je mesti ditanya knp mama masak pucat jer x merah .. senang jer mama jwb .. cili dh habis dik tggal skit jer td masa mama masak.. sbb tuh x brp merah.. nnti mama g beli cili lps htr adik sekolah ok .. klu buat sayor nih mmg x yah lauk lain dh.. . Klu nasi dh hbs pun mmg diratah jer bendi ni sampai licin ..

Bahan2 .. arsyad sorang mkn .

Bhn2 yg diblend dan ditumis hgga garing ...
3 biji cili besar .. dibuang biji
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih.

------#-----#####
6-7 btg bendi dipotong serong ..

Garam
Sedikit maggi secukup rasa.

Cara ..

Tumiskan bhn blend sehingga garing
Masukkan bendi yg dh dipotong bersama garam dn perasa maggi kacau dlm 1-2  minit shj ..
Masukkan kn telur ..biarkan ianya mengeras sedikit .. baru lah di diterbalikkan 2,3 kali shj supaya telur tidak  terlalu hancur. ( sbb bdk arsyad nih x suka bila telur terlalu hancur)

Siap utk diratah or dimkn bersama nasi putih ..

Thursday, March 21, 2013

Anak mama dah balik

K.yati baru balik dari terminal skypark subang. Ambil anakanda yg jauh merantau demi menimba ilmu .. hehehe jauh la sangat . Merantau kt Kuala Berang jer . Ok lah kira merantau gak kn.. ni thn ke 5 dn juga thn terakhir kt MRSM K.Berang . tahun ni tahun getir utk beliau .. nk amik SPM hujung thn ni. Gigil perut mak dgr nk SPM. 

Sejak pindah ke Shah Alam 2 thn lepas.. k.yati jarang berpeluang utk jengok dia kt K.Berang.. maklum ler jarak jauh skit, klu masa dok Kemaman dulu mmg tiap 2 minggu sekali akan jgk dia kt asrama.

Sjk dok sini Firefly lah jadi transport dia berulang alik dr KT ke Subang .. bukan apa kesian kt anakanda semlman dok dlm bas baru sampai rumah.. kadang2 tuh dia minta gak nk naik bas ngan kenkawan .. adalah  2,3 kali akak bagi peluang kt  dia naik bas..  tiket flight ni klu booking awal mmg murah .. pnh sekali akak dpt harga rm19 sehala.. tp kena lah rajin buka website sll .. mcm tiket  hari ni tiket rm 59, sehala .. manakala tiket bas ke shah alam rm40 lebih . Huhu .. berbaloi2 dari segi masa kan ..

Dia hanya makan ......

Sayur ini shj,tu pun kalu kena caranya, klu x kena gaya dan caranya dia x akan makan wlpn dari bahan mentah yg sama.. nk kata dia cerewet pasal makan x juga, nk kata dia x memilih pasal makan pun x juga..

Wlpn seorg yg sgt simple ttg pemilihan makanan tp kadang2 pening gak nk fikirkan apa yg nk di beri makan utk dia hari2..

Dia mmg seorg pemerhati dlm diam .. klu lain  skit cara atau warna masakn dia akan bertanya . kenapa warna yg nih lain skit .. contoh x merah mmg sll .. kenapa nasi goreng nih lain skit.. sapa masak? Dia akan perasan..Begitu lah lbh kurang nk citer..

Contoh sayur bendi .. dia x akan makan klu dibuat ulam atau dimasak bersama kari.. nehi nehi nehi mmg dia x akan sentuh . Hanya satu cara masakan saja yg buat dia mkn sambil meratah2 sehingga licin.

Ermmm siapalah gerangan empunya diri ni ya..

Cekodok pisang

Resipi paling sempoi nk buat cekodok pisang

Bahan2  (+-20 BIJI)
4 biji pisang terlebih masak
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1 cawan self raising flour
Sedikit garam

Cara2

Pisang dan gula masukkan dlm bowl mixer.. guna ballon whisk. Mix hgga pisang hancur.. 

Masukkn kesemua bhn2 lain..kacau hgga sebati .. siap utk digoreng ..
Selamat mencuba ..

Wednesday, March 20, 2013

Sale! Sale! Sale .. my sandal on sale ..



Alhamdullillah rezeki brisk walk semalam dpt gak rembat sepasang sandal menggantikan sandal lama yg dh uzur..
 
Tambah gumbira bila ada discount.. wlpn akak bkn ahli HP tp adik sales tuh bagi gak harga ahli utk akak.. alhamdullillah .. dapat 25% disc ermm jimat gak ler dlm rm60 .. berbaloi2 ..
 
Oklah nk tgk brp lama tahan sandal kali nih kt kakiku ini..
 
Nk selit skit ..  smlm sempat singgah ke POPULAR .. akak terperasan 2 org bdk melayu yg mmg muka melayu habis dan fasih berckp bhs melayu..  ( masa tu dia dok borak dlm bhs melayu smbil gelak sakan ) tgh dok belek dn baca  buku Bible .. ermmm akak pandang 2 kali  takut salah pandangan mata.. dan lps tuh terperasan pulak seorg nih memakai rantai salib diluar t-shirt merah yg dipakai beliau.. nauzubillah.. x tahu apa nk cakap..

Milik siapakah gaun pengantin ini?

 
 
 
Cantik tak? cantik tak? ( sila baca dgn lengok eric leong) hehe.
 
Sungguh bertuah badan empunya baju pengantin yg sgt2 gojezzzz ini.. mesti orgnya cantik, sopan, lembut,putih gebu,  kecil manis kannnn ..
Siapa la gadis yg bertuah dpt memakai baju pengantin yg sgt2 cantik ini? Siapa lah agaknya .. boleh agak tak?
 
Credit photo
Mukhriz latif & Udey Ismail Photography

Tuesday, March 19, 2013

Pak Cik Salman laieee

Hari ni bercadang nk g brisk walk kt Empire lps htr arsyad ke sekolah.. hb x der nk teman sbb dia kena attend seminar kt KL. Ingat nk g brisk walk berdua2an.. erm npk gaya feeling sorang2 jgk ler nnti.

Tak tahu nk mkn apa, jenguk peti eis ada lagi 2 keping pak cik salman .. eemm salad n sayur pun masih berbondong2 lagi.. salad n sayur nih anakbuah hb beli masa g cameron highlands 2 minggu lepas ..tgk pic masih fresh lagi kan.. buat utk brunch harini  .mkn sama2 ngan arsyad masa dia blk kelas fardu ain.. Harap2 bertahan ler perut sampai time dinner petang nnti dn harap2 masa brisk walk nnti x der nk makan benda2 mengarut.. maklum ler byk sgt godaan yg menunggu kt sana.. semua sedap dimata. Nafsu2.

Utk pengetahuan ikan salmon kt sini lagi murah dari ikan tenggiri.. kalu x silap harga ikan tenggiri sekilo dlm rm32.90 n salmon dlm rm19.90 .. amazingkan .. klu salmon yg dlm pinggan k.yati tuh harga dlm rm3 to rm4.. sll k.yati beli 2,3 keping jer x der lah sampai berkilo2.

Mokcik suka sgt mkn camnih .. bukan apo senang,cepat dan sedap dimakan.. x terlalu oily mcm asam pedas smlm.

Monday, March 18, 2013

Daging park choy

K.yati  masak sayor park choy bersama daging untuk dinner petang tadi. Akak suka meratah jer klu goreng sayor macam ni dh x perlu nasi.

Bahan2
200 gm daging lembut
200gm park choy

Bahan tumbuk
1 biji cili merah
Seulas bawang putih
Seulas bwg merah
Sedikit ikan bilis.

Perasa..
Garam
Maggie secukup rasa.

Cara2.
Daging digoreng sehingga kering air.. ketepikan..
Tumiskan bhn tumisan sekejap
Masukkn daging dan gaul sebati.
Masukan park choy .. sekejap shj .
Perasakn dgn garam n magi sckp rasa.
Siap.

Asam pedas

Assalamualaikum wbtt .

2 hari dapur x berasap, pagi nih on kn gas kt dapur kejap jer tgk2 gas habis.. sib baik ler ada simpan satu tong extra kt rmh.

Dari smlm terasa nk masak asam pedas.. akak nih mmg x brp reti wt asam pedas. Tp setakat nk lepas mkn utk anak beranak blh ler .. sedap la jgk. bhn2 dh lama dok bertapa kt dlm peti ais tggu chef masak jer..

Tengok ler tuh amik gambar pun kt dlm periuk jer..mls nk make up bagai sbb nk mkn ptg nnti utk dinner.. asam pedas kan lagi sedap bila dok berlama lama kt lam periuk ..

Resepi akak masukkn seringkas mungkin ..ermm lupa la amik resepi ni kkt blog mana..

Bahan2

Ikan
3 ulas bwh merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia - akak x masukkn
1 mangkuk cili kisar
2 cm kunyit hidup
3cm belacan
1 sudu lada hitam

3  btg serai
1 sudu teh halba
Daun kesum
Bunga kantan

Bemdi / terung
Air asam jawa
Garam

Mula2 tumiskan halba dulu biar naik bau then baru tumiskan bhn penumis .
Hehe lps tuh pandai2 sendiri la kn sbb akak salin sampai situ jer. Akak ekau nih jenis mks skt nk tulis panjang lebar.rasanya ramai dh tahu langkah seterusnya kn .. ..

Camner erk nk jadi blogger tegar, baru tulis skit jer dh malas .

Sunday, March 17, 2013

Sandal

Hb x bagi beli , gambar sandal ni kami ambil masa kami  kt mesra mall kertih.. dia ckp cari kt shah alam or kl masa ade sale. Masa tuh dh keluarkn duit nk bayar.. adoyaii .. ok lah sbb kaler nih akak ekau pun x brp gemar tp selesa maaa .. So kami pun beredar n k.ti spt minta maaf kt sales girl kt situ.. sori dik abg x bagi beli..

Last  week k.yati ke empire sorang diri..sempat sggh ke butik HP .. tgk still x der sale .. balik ckp hb  td g HP ..sandal ada yg ctk dan kaler i like tp harga lebih skit dr  yg kita tgk kt MM ..dia ckp habis kenapa x beli .. ermmmm maso tu mata den hnya mampu  terkebil2 jer lah .. poning pala den nk fikir ..

Tgk lah dlm 2,3 hari in sya allah akan ke Empire lagi .Kalu ada rezeki adalah  . Skg hak keselesaan kaki tiada kompromi maklum lah den ni dh tuooo .. jalan skit tumit den sakit.  Sblm bi scholl byk berkhidmat utk den .rasonyo lbh 10thn ,terasa nk tukar angin lak kali nih..lagi pun akak nih bkn jenis collector ..pakai sampai hancur baru beli baru..dh dpt yg baru yg lama blh terus masuk tong.

Saturday, March 16, 2013

Singgah lunch

Keja usha mengusha belum habis lagi ni. Lepas htr arsyad ke sekolah, kami ke area Kelang Sentral .. dh hampir pkl 2 ptg perut  pun dh keroncong .. suh en hubby singgah mkn kt rest.mohd chan abdullah .. cina muslim food .. dh lama nk singgah baru hari ni berkesempatan ..

En.hb makan char kuey teow .. k.yati amik seafood claypot tauhu plus air kosong .. share ngan hubby claypot nih.. harga rm20 se claypot.. kt sini x der size s,m or l .. satu size jer utk claypot nih ..pada k.yati  biasa2 jer rasa claypot dia cam tpt lain gok.. maybe lauk2 lain sdp kot. .. klu bagi pilihan lain kali kami ke rest.homst jer kt seksyen.13 belakang tesco. 

Mana lah en.hb nih x kuar2 lagi dr kedai nih hah .. ponet den nunggu kt lam keta ni hah..

Jom jamu mata

Lepas pekena tosei ngan teh tarik halia, baru rasa lega skit badan.. patut ler hb ajak minum kt area sini rupanya nk jamu mata dan sempurnakan hajat dia. Alahai kalu bwk g kedai bunga ker kedai periuk belanga ker happy sikit akak ni.. ni bwk kedai motor.. huhuhu .. x teruja sungguh la,  bosan bosan bosan. Baik akak update blog ..

Biasa lah nk beli motor kapcai jer, tp kena ler terai byk2 motor yg berkuasa tinggi kan . Ermmm alang2 dh sampai kedai why not try sume yg ada kt kodai ni..

Alahai en.hb sayang yg mana satu pilihan kolbu..   cepat ler dicide or nk kena g skodeng kt showroom lagi.. jgn terlupa lak arini arsyad kena sekolah ganti..

Ermmmm npk gaya mcm lama lagi ler kt sini.. means lunch kt luar ler ni ..

Jangan lupa tagline "Pakcik menang motor" .. hehehe

Selamat pagi semua.