Friday, October 28, 2011
Kek Batik Cheese
Bahan2 ( loyang 7x7)
1 paket biskut marie perisa coklat
250gm philadelphia creamcheese
80 gm gula halus
120 fresh cream
1 sachet Nescafe 3 in 1 (regular)
1 cwn air panas dicampurkan dgn nescafe di atas
6 belahan buah peach .. potong dadu
Cara2
1.Alaskan loyang dgn kertas minyak
2. Pukul creamcheese bersama gula sehingga sebati.
3. Masukkan fresh cream dan dipukul lagi sehingga gebu.. ketepikan.
4. Celupkan biskut marie both side dgn air nescafe ( sekejap saja) .. dan susun dlm loyang sehingga penuh dasar loyang tersebut
5. Letakan sedikit creamcheese dan ratakan, taburkan sedikit potongan buah peach, ulang step nih sehingga habis ..
6.Apabila selesai .. hentak2 kan loyang supaya mampat.
7. Simpan dlm peti ais semalaman .. Lepas tuh blhler dihiaskan dgn serbok koko, hirisan coklat ker, serbok oreo ker, atau apa saje yg kita suka.
Wednesday, October 26, 2011
Apam Comel @ Angry Bird, Bee, Stoberi dan Lady Bird .
layan gambar yer .. resipi apam boleh google jer byk dh dlm internet, dan hampir semuanya sama ...
Tuesday, October 18, 2011
Yorkshire Pudding With Chicken Mushroom
Yorkshire Pudding
Resepi: kakros@sinaran menu tks .k.ros
- Bahan-bahannya:
- 170 grm tepung gandum
- 180 ml susu segar
- 120 ml air biasa
- 2 biji telur
- Secubit garam
- minyak masak secukupnya
Cara memasak
- 1-Pukul telur sekejap,masukkan susu dn air dan pukul lagi dalam 2/3 minit.
- 2- Campurkan tepung gandum dan garam didalam mangkuk dan buat lubang ditengah.Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata.Kacau hingga adunan sebati dan tapis kedalam mangkuk yang bersih.
- 3-Panaskan oven dgn kepanasan 220c.Masukkan lebih kurang 1sudu kecil minyak masak kedalam acuan muffin.Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.
- 4-Masukkan acuan muffin kedalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.
- 5- Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan pudding hingga penuh.Masukkan semula kedalam oven dan masak dalam 10 ke 15 minit dan pudding kelihatan keperangan.
- Inti : Boleh dipelbagaikan .. jem strawberry, tuna , sardin, sambal bilis .. k.yati buat inti chicken mushroom ..resipi campak2 then mkn ngan sos cili thai ..
Saturday, October 15, 2011
Sosej Roll
Bahan2 .. (20pcs)
500 grm tepung high protien
90 grms gula halus
4 sudu besar susu tepung
1/2 sudu garam halus
1 sudu besar bread improver
1 sudu besar bread softener
1 paket yis (11 grms) mauripan
2 biji telor size A
3 sudu besar butter
7 grms gluten / wheat gluten ( blh beli kt kedai bakery)
175ml air suam
Inti
10 btg sosej .. direbus dan toskan dahulu sehingga kering
Cara ..
1. Masukkan bahan kering kedalam mixer
2.Mix sekejap (10sec) sekadar bhn2 tuh bercampur jer ..
3. Masukkkan telor yg tlh dikocok ..
4.Masukkan air suam ..
5.Mix kan doh selama 20-30minit sehingga doh betul2 licin ..
6.Bila doh dh licin , Keluarkan doh dan bahagikan doh kpd 50grm each ( TK PERLUKAN PENAIK/REHATKAN KAN DOH, TERUSKAN DGN ADEGAN MEMBAHAGIKAN DOH KPD BBRP BAHAGIAN).. sambil tuh loyang pembakar disapukan kan dgn sedikit butter dan taburkan tepung gandum .
7.Amik doh dan blhler di letakan sesoj , susun terus dlm tray .. atau ikut kreativiti masing2 ..
8.Bila dh siap semuanya, barulah penaikkan doh sehingga sekali ganda atau mencapai piawaian yg kita kehendaki .. masa tk tentu maybe sejam / lebih ..
note : bagi proses menaikkan doh, masukkan tray kedlm bag plastik yg besar dan ikat hujungnya ..
9. Bakar 160-170 degree selama 15-20 minit .. api atas bawah
note : kalu tgk bhgian atas dh agak perang blh padamkan api atas dn bakar dgn api bwh shj .. ini bg mengelakkan roti bhgian bwh tdk msk sepenuhnya ..
10. Dah siap ..masa bun masih panas terus sapukan butter ke atas permukaan roti supaya npk lebih berkilat ..
note : utk roti nih .. k.yati sapukan permukaan rotu dgn butter yg dicampurkan dgn gula halus..
11.Utk kesegaran roti berpanjangan hendaklan disimpan didlm bekas kedap udara, ini utk mengelakan dari roti cepat keras kalu terdedah di udara .. klu tk der bks kedap udara, blh ler dimasukkan kedlm beg plastik cam kt kedai bakery tuh ..
Selamat mencuba ..Insyallah hasil nya tidak akan mengecewakan dn jugak tidak perlu penaikkan roti sebyk 2 kali ..menjimatkan masa..
sebelum doh mengembang 2kali ganda
Monday, April 18, 2011
Homemade Chocolate..projek terakhir !!!
Tuesday, April 12, 2011
Kuih Bakar
Sunday, April 10, 2011
Kek Gulung Kasih @ DJ
Pau Bagus @ Kak Noor Masri
Thursday, April 7, 2011
Strawberry Cheese Tart
Tuesday, April 5, 2011
Eclair @ Cream Puff
Syabas Dan Tahniah
Monday, April 4, 2011
Super Special Penang Char Kuey Teow
Sunday, April 3, 2011
Popia Inti Kentang
Tuesday, March 29, 2011
Mini Oreo Cheesecake (Baked)
kami wat 1/3 adunan jer pastu guna loose pan 6in .. .. tk der gambar post mortem sbb bagi sebijik terus .. ;)
Bahan2 :
resipi asal sini :: :resipicitarasawan
Sumber : resipi citarasawan Bahan Dasar 200gm biskut oreo - di buang krimnya 50gm mentega cair Bahan Filing 750gm keju krim 130gm gula kaster 1/2 Tbsp esen vanila 3 biji telur 200ml whipping krim 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)atau acuan 8" menghasilkan satu biji Cara-cara Dasar Kek : 1. Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan. 2. Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu di ikuti dengan whipping krim. Putar hingga sebati. Masukkan biskut oreo, gaul rata. 3. Ambil 1 cawan penuh krim keju dan tuangkan ke atas dasar biskut tadi. 4. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam. 5. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. 6. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.Saturday, March 26, 2011
Apam Dot Dot
Apam Dot DOt
http://www.myresipi.com/top/detail/12445
http://www.myresipi.com/top/detail/2335
Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
3 biji telur
275 gm tepung gandum (guna self rising flour)
200 gm gula halus (k.yati kurangkan pada 160gm)
150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
3 sudu teh baking powder (tk letak)
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan putarkan dalam kelajuan tinggi selama 6-8 minit
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. 5.. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
6. Picitkan blueberry filling secukupnya
7. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
8. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
9. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
10. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
11.Selamat Mencuba
Sunday, March 20, 2011
Muffin Choc Chip
tapi hari nih semuanya back to normal .. farid dh pun balik ke asrama , aqilah pulak still kt shah alam dan hb pulak sebelum subuh pagi td dh ke airport kuantan utk ke dubai selama seminggu dan selepas itu akan terus ke russia for another 5 or 6 weeks ... skg nih hanya k.yati ngan rsyad jer kt rumah .. tp insyallah aqilah akan balik ke rumah pd pagi selasa ni for 5 days sbb nk amik result SPM yg akan keluar on 23/3/2011 @ rabu ..
oklah ni muffin choc chip .. amik kt rumah hasue .. wat sebelum cuti2 dan jln2 ke shah alam last week .
Monday, March 7, 2011
Bun lagi ...
semalam wat inti kentang + ayam ..ingatkan kan nk buat pau , tp bila tgk resipi kebanyakkannya guna tepung pau, jadi terbantut ler hasrat .. stok tepung pau tk dok la pulok kt rumah , so tukar rancangan semalam wat frozen karipap dan pagi tadi wat bun inti kentang.Bun sardin / kentang mmg laku kt rumah nih, sbb tuh tuan rumah sll wat bun ni .. kalu roti kelapa, blueberry dan sewaktu dengannya mmg slow skit or dengan kata lain lambat habis ..jadi tuan rumah tak der ler buat roti yg kurang digemari oleh ahli keluarga .. ;)
Inti masih lagi berbaki skit lagi tp rasanya tk cukup ler pulok nk wat pau .. camner tuh??? .. resipi roti nih masih menggunakan resipi asas roti yg sama ... mmg akan stick pada resipi asas roti ni .. dh ada resipi yg gebus gebas, buat apa nk tukar kan .. .