Salam .. tanggal 2/2/2010 k.yati menerima berita FIL dimasukkan ke ICU di hospital Kuala Pilah .. bergegas pulang ke Kuala Pilah hanya bersama acad kerana hb tiada di malaysia kerana tuntutan tugas .. sampai ke Hospital Kuala Pilah jam 5.30ptg setelah memandu non stop selama 3 1/2 jam .. sempat menjengok beliau yg tidak sedarkan diri hanya selama 5 -10 minit shj ..
Allah lebih menyanyangi beliau .. kurang jam 12 tghari 3/2/2010 beliau dilaporkan nazak dan telah menghembuskan nafas yg terakhir di hospital tersebut kerana jangkitan virus pada paru2 n organ failure. Arwah menghembuskan nafas yg terakhir pada usia hampir 80thn ..
Syukur Alhamdullilah kerana segala urusan bermula dari memandikan sehinggalah kepada pengkebumian jenazah telah dipermudahkan oleh Allah SWT .. sekitar jam 6.30 petang segala urusan pengkebumian telahpun selesai .. amin .. my hb hanya dapat menziarahi pusara ayahandanya setelah 3 hari jenazah dikebumikan..
Kepada saudara mara dan teman2 yg mengucapkan takziah .. diucapkan berbanyak2 terima kasih .. hanya Allah SWT yg dpt membalasnya dah semoga arwah abah di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman .. amin
Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts
Sunday, February 7, 2010
Friday, July 24, 2009
Terima Kasih
Assalamualaikum .. lama sungguh x update citer kat sini ..mmg x derk mood sangat2 .. Alhamdullillah sekarang semuanya ok .. ermm x reti lah nak citer panjang2 ... so pada kesempatan ini .. k.yati dan keluaraga ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada kawan2 yg telah mengucapkan takziah dan doa2 yg dikirimkan diatas pemergian adik ipar k.yati ke rahmatullah .. hanya Allah SWT yg dpt membalas nya .. amin ..
Labels:
Takziah
Sunday, July 12, 2009
Al Fatihah
Semalam 11/07/2009 tepat jam 6.00 pagi bersamaan dengan 18 Rejab 1430H .. adik ipar k.yati Nazimah binti Baharin telah meninggalkan kami semua. Sesungguhnya berita ini amat sukar untuk k.yati sekeluarga menerimanya tetapi kami redha dengan ketentuan Nya. Beliau terlalu menderita dengan sakit yang datang dengan tiba2 ..Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi arwah beliau lebih dari kita semua .Jenazah dimandi dan dikafankan di Masjid UPM , Serdang, juga disembahyangkan di sana selepas solat zohor .. Semua adik beradik dapat menatap buat kali terakhir wajah arwah melainkan suami k.yati yg masih lagi berada di luar negara.. sukar untuk dia menerima berita ini bila k.yati bagitahu akan hal ini ..hanya Allahuakhbar2 yg keluar dari mulut beliau .. ini kali ke2 beliau kehilangan orang yg disayangi tanpa beliau disisi semuanya atas urusan kerja .. pertama mak dan sekarang adik bongsu beliau . Sepatutnya suami k.yati dijadualkan pulang pada 10/07/09 . tp delay atas urusan visa n permit kerja.. Insyaallah beliau akan sampai ke KLIA pd hari selasa ni tp x dapat tunggu kat KL sebab k.yati kena balik ke Kemaman ari ni sebab esok nak kena hantar Farid n Aqilah ke Kuala Berang ..
Alhamdullillah k.yati dan anak2 sampai ke Masjid UPM semasa jenazah sedang disembahyangkan .. sungguh sedih perasaan k.yati bila melihat keranda diusung ke van jenazah untuk dibawa ke kawasan perkuburan yg berdekatan .. Ya Allah tabahkan hati ku ..sehinggakan aku tidak sanggup untuk melihat keranda jenazah diusung keluar dari masjid. Hanya berpeluang untuk menatap wajah arwah untuk kali terakhir semasa jenazah telah dimasukkan ke liang lahad .. Hanya Allah SWT yg maha mengetahui perasaan ku pada masa itu .. Sesungguhnya Allah SWT telah mempermudahkan segala urusan pengkebumian arwah .. Alhamdullillah
Arwah merupakan anak yg bertanggungjawab kepada abah , seorang adik yg sangat baik kepada semua abang2 dan kakak/ kakak2 iparnya .. seorang ibu saudara yg sangat disayangi oleh anak2 buahnya .. seorang kawan yg sangat disayangi oleh kawan2 nya .. seorang pensyarah ( Politeknik Merlimau) yg sangat disayangi oleh pelajar2 nya .. sungguh baik hati budi arwah .. periang,peramah , mesra , menghormati org tua ... ermmm mmg x leh nak cakap panjang2 .. sedih n sebak saat mecoretkan kisah pemergian arwah .. sangat terasa kehilangan ni ..
Allahuakhbar .. semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Amin
Labels:
Takziah
Subscribe to:
Posts (Atom)