Tuesday, March 29, 2011

Mini Oreo Cheesecake (Baked)

air tangan aqilah .. dia mimpi apa pun tk tahu ler , masa balik amik result spm last week suh k.yati ajarkan baking cheesecake ..katanya nk bagi kt kawan sempena bday .. k.yati suh dia pilih yg mana dia berkenan , last2 dia berkenan kt resipi dari blog k.ummi@ kuantan .. tp resipinya k.yati amik kt blog k.wan @ citarasawan .. tks 2 both of you .. disebabkan dia yg nk belajar so k.yati supervise jer .. 1st time ler katakan byk gak ler yg dia blur mengalahkan dok kt lab science ..






kami wat 1/3 adunan jer pastu guna loose pan 6in .. .. tk der gambar post mortem sbb bagi sebijik terus .. ;)

Bahan2 :


resipi asal sini :: :resipicitarasawan

Sumber : resipi citarasawan Bahan Dasar 200gm biskut oreo - di buang krimnya 50gm mentega cair Bahan Filing 750gm keju krim 130gm gula kaster 1/2 Tbsp esen vanila 3 biji telur 200ml whipping krim 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)atau acuan 8" menghasilkan satu biji Cara-cara Dasar Kek : 1. Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan. 2. Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu di ikuti dengan whipping krim. Putar hingga sebati. Masukkan biskut oreo, gaul rata. 3. Ambil 1 cawan penuh krim keju dan tuangkan ke atas dasar biskut tadi. 4. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam. 5. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. 6. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

1 comment: