Monday, January 31, 2011

Apam Beras


semalam selepas jer hantar rsyad ke school terus kluar bf dan ronda2 ngan Qilah sampai ler pukul satu suku, just ngam2 time amik rsyad balik school baru ler kami balik .. qilah balik dua hari lepas sbb cuti semestr seminggu .. ari ni gi kuantan lak jap , so masuk dulu ler entry apam beras nih sblm chow ke kuantan .. apam beras nih buat lepas balik dari amik rsyad smlm .. buat 1/2 adunan , peberet qilah tp x der nye dia nk mkn sampai 10biji kan, so byk jgk lebih nih,terpaksa ler simpan kt peti eis , nk mkn nnti kukus jer smula..

Bahan2 ..
Cha @ Myresipi.com

2 cawan nasi

2 cawan tepong gandum

1 cawan brown sugar

3/4 cawan gula

2 1/2 cawan air

1 sudu kecil mauripan yis

kelapa parut dgn sedikit garam

Cara2

1.Blend nasi dan air sehingga hancur

2.Setelah hancur ,campur brown sugar dan gula kedalamnya dan blend sebati

3.Dalam bekas lain, satukan tepong gandum, tepung beras dan yis.

4. Selepas itu masukkan bahan yg dibelnd tadi , kacau sehingga sebati.

5. Perap 3 jam

6.Masukkan dlm adunan kecil dan kukus selama 15 minit.

7. Hidang bersama kelapa yg telah digaul dengan sedikit garam.. siap!


Posted by Picasa

1 comment: