Bahan-bahan (2 orang)
6 ekor udang saiz L buang kepala
6 keping cendawan tiram disiat2
4 ulas bawang merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
1 sudu sos tiram
1cm halia di kisar
lada basah dipotong menyerong
2 sudu madu
sedikit garam
Cara-cara
Tumis bawang putih, bawang merah sehingga garing. masukkan pula halia dan tumis lagi.
masukkan udang dan gaul rata. masukkan pula sos tiram. biarkan seminit
masukkan madu dan gaul rata. lepas tu masukkan pula cendawan dan lada basah. tambahkn sedikit air(1 sudu) kalau ia melekit selepas masukkn madu.
perasakn dan boleh la di hidang. rasenye sedikit manis.
ni pinggan ambo .. ratah ngan ulam timun
No comments:
Post a Comment