Tuesday, March 12, 2013

Testing testing

Assalamualikum ... lamanya berkabung .. tahap kemalasan melampau utk update blog.. 

Apa2 pun post pertama selepas lama bersara kita mula kan dgn biskut coklat chip sedap melampau .. resipi cedok kt rmh rima bisou.. not 100percent follow resipi sbb jenis kekacang byk yg x der as per recipe.. just hsbiskan kekacang yg ada dlm stok dapur di rumah .. tq rima ..

Friday, October 28, 2011

Kek Batik Cheese

sebenarnya nk buat kek lapis persona yg tgh meletoppppp2 tuh .. tp tk tau camaner tiba2 dpt idea nk buat yg lagu nih ...

Bahan2 ( loyang 7x7)

1 paket biskut marie perisa coklat

250gm philadelphia creamcheese
80 gm gula halus
120 fresh cream


1 sachet Nescafe 3 in 1 (regular)
1 cwn air panas dicampurkan dgn nescafe di atas

6 belahan buah peach .. potong dadu

Cara2

1.Alaskan loyang dgn kertas minyak
2. Pukul creamcheese bersama gula sehingga sebati.
3. Masukkan fresh cream dan dipukul lagi sehingga gebu.. ketepikan.
4. Celupkan biskut marie both side dgn air nescafe ( sekejap saja) .. dan susun dlm loyang sehingga penuh dasar loyang tersebut
5. Letakan sedikit creamcheese dan ratakan, taburkan sedikit potongan buah peach, ulang step nih sehingga habis ..
6.Apabila selesai .. hentak2 kan loyang supaya mampat.
7. Simpan dlm peti ais semalaman .. Lepas tuh blhler dihiaskan dgn serbok koko, hirisan coklat ker, serbok oreo ker, atau apa saje yg kita suka.








Posted by Picasa

Wednesday, October 26, 2011

Apam Comel @ Angry Bird, Bee, Stoberi dan Lady Bird .

dh lama teringin nk cuba wat apam aneka corak spt angry bird, bee , lady bird , stooberi nih tp kemalasan sentiasa melanda, smlm ada lak tempahan apam nih dan sedikit kerajinan nk mendeko apam comel nih, pastu jumpa lak ngan kaler merah yg mengancam masa gi @2 Ply @ Kelang , apa lagi projek pun berjalan dgn lancar setelah semua tempahan apam dot2 selesai di buat ..


layan gambar yer .. resipi apam boleh google jer byk dh dlm internet, dan hampir semuanya sama ...



Posted by Picasa

Tuesday, October 18, 2011

Yorkshire Pudding With Chicken Mushroom

last week punya menu .. resipi amik kt rumah k.ros sinanran menu .. sedap dan lembut .



Yorkshire Pudding


Resepi: kakros@sinaran menu tks .k.ros



  • Bahan-bahannya:

  • 170 grm tepung gandum

  • 180 ml susu segar

  • 120 ml air biasa

  • 2 biji telur

  • Secubit garam

  • minyak masak secukupnya

Cara memasak



  • 1-Pukul telur sekejap,masukkan susu dn air dan pukul lagi dalam 2/3 minit.

  • 2- Campurkan tepung gandum dan garam didalam mangkuk dan buat lubang ditengah.Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata.Kacau hingga adunan sebati dan tapis kedalam mangkuk yang bersih.

  • 3-Panaskan oven dgn kepanasan 220c.Masukkan lebih kurang 1sudu kecil minyak masak kedalam acuan muffin.Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.

  • 4-Masukkan acuan muffin kedalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.

  • 5- Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan pudding hingga penuh.Masukkan semula kedalam oven dan masak dalam 10 ke 15 minit dan pudding kelihatan keperangan.

  • Inti : Boleh dipelbagaikan .. jem strawberry, tuna , sardin, sambal bilis .. k.yati buat inti chicken mushroom ..resipi campak2 then mkn ngan sos cili thai ..


Posted by Picasa

Saturday, October 15, 2011

Sosej Roll

setelah bertapa utk kesekian kali, jom pekena sosej roll yg gebus gebas cam kapas ..


Bahan2 .. (20pcs)
500 grm tepung high protien
90 grms gula halus
4 sudu besar susu tepung
1/2 sudu garam halus
1 sudu besar bread improver
1 sudu besar bread softener
1 paket yis (11 grms) mauripan
2 biji telor size A
3 sudu besar butter
7 grms gluten / wheat gluten ( blh beli kt kedai bakery)
175ml air suam

Inti

10 btg sosej .. direbus dan toskan dahulu sehingga kering





Cara ..
1. Masukkan bahan kering kedalam mixer
2.Mix sekejap (10sec) sekadar bhn2 tuh bercampur jer ..
3. Masukkkan telor yg tlh dikocok ..
4.Masukkan air suam ..
5.Mix kan doh selama 20-30minit sehingga doh betul2 licin ..
6.Bila doh dh licin , Keluarkan doh dan bahagikan doh kpd 50grm each ( TK PERLUKAN PENAIK/REHATKAN KAN DOH, TERUSKAN DGN ADEGAN MEMBAHAGIKAN DOH KPD BBRP BAHAGIAN).. sambil tuh loyang pembakar disapukan kan dgn sedikit butter dan taburkan tepung gandum .
7.Amik doh dan blhler di letakan sesoj , susun terus dlm tray .. atau ikut kreativiti masing2 ..
8.Bila dh siap semuanya, barulah penaikkan doh sehingga sekali ganda atau mencapai piawaian yg kita kehendaki .. masa tk tentu maybe sejam / lebih ..
note : bagi proses menaikkan doh, masukkan tray kedlm bag plastik yg besar dan ikat hujungnya ..
9. Bakar 160-170 degree selama 15-20 minit .. api atas bawah
note : kalu tgk bhgian atas dh agak perang blh padamkan api atas dn bakar dgn api bwh shj .. ini bg mengelakkan roti bhgian bwh tdk msk sepenuhnya ..
10. Dah siap ..masa bun masih panas terus sapukan butter ke atas permukaan roti supaya npk lebih berkilat ..
note : utk roti nih .. k.yati sapukan permukaan rotu dgn butter yg dicampurkan dgn gula halus..
11.Utk kesegaran roti berpanjangan hendaklan disimpan didlm bekas kedap udara, ini utk mengelakan dari roti cepat keras kalu terdedah di udara .. klu tk der bks kedap udara, blh ler dimasukkan kedlm beg plastik cam kt kedai bakery tuh ..

Selamat mencuba ..Insyallah hasil nya tidak akan mengecewakan dn jugak tidak perlu penaikkan roti sebyk 2 kali ..menjimatkan masa..



sebelum doh mengembang 2kali ganda



doh yg sedia utk di bakar ..

Posted by Picasa

Monday, April 18, 2011

Homemade Chocolate..projek terakhir !!!

rasanya dh hampir 2 bulan beli mould coklat dan bahan2 yg sewaktu dgnnya , tp tk juga sampai seru nk buat coklat .. last 2 days masa dok mengeledah barang2 kt dapor , terserempak la ngan mould coklat nih so apalagi panaskan injin .. vroooommmm kebabooooommmm .. filing almond dan hazelnut .. yum yum ..tp sedikit manis ... len kali kena campur ngan coklat yg pahit2 skit ..baru ngammmmmm !!!

Tuesday, April 12, 2011

Kuih Bakar

setiap kali buat kuih bakar , mmg resipi nih lah yg sll k.yati guna ..mmg perfect .. cuma kurangkan tang gula jer .. resipi dari joayee @ myresipi.com .. tk letak bijan sbb dh habis, buat kuih bakar nih pun buat sbb nk abiskan stok santan kt petieis ..nk clearkan sume barang2 kt dlm peti eis ku itew ..pastu bakar sampai berkerak sbb mmg suka tang kerak ..



Bahan-bahan ( 6 org )


1 cup gula (k.yati ltk 3/4 cup jer)

1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)

2 cup tepung gandum

2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )

2 tbs butter

3 biji telur

1/2 tsp garam

colour hijau bijan


Cara2

1.campurkan semua bahan. blend samapi sebati.

2.masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .

3.panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing

Sunday, April 10, 2011

Kek Gulung Kasih @ DJ



rasanya rata riti dh buat kek nih , dan sumenya komen sedap dan lembut .. k.yati pulak baru ari nih terpanggil nk buat kek gulung nih .. slow skit pick up tak macam org len .. mmg senang dan sekejap jer buat kek nih, tk sampai sejam dh siap boleh di makan .. tks DJ mtk izin cnp kt blog k.yati..



Kek Gulung Kasih

bahan-bahan : (loyang 9inx 9 in or 10in x 10in)

70 g tepung gandum (diayak)

1 sudu besar susu tepung

3 biji telur A

60 g gula kastor ( k.yati letak 40grms )

60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu kecil ovalette

Pewarna merah, hijau dan kuning


cara-cara :

Panaskan oven 170-180C.

Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.

Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.

Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.

Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit.

Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. Gulung kek dengan kemas. Bolehlah dipotong dan




Pau Bagus @ Kak Noor Masri

pesan kak noor , kalu nk pau yg gebus tak hengat punya ..jgn cuba derhaka sama resipi ( amaran dari penaja ) hehe .. tks k.noor .. pau nih mmg gebus gebasssss ..

PAU BAGUS

dapur-digital.blogspot.com


Sponge (A)


250g tepung pau

20g gula caster

11gm yis kering

125gm air

Bahan (B)

250g tepung pau

100g gula caster

15g Double Action baking powder

5 g garam

30g shortening

125 gm air


Inti - ikut citarasa dan secukupnya

Cara membuat:

Bahan A,

campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.

Bahan B,

dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air.

Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap. Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit. Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit. Kukus selama 7 -10 minit.


Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.

Tips: Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau. Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.


INTI DAGING

Bahan-bahan :

2 cawan daging yg dah dipotong kecil/halus

4 ulas bawang merah } dikisar

1 cm halia } dikisar

2 ulas bawang putih } dikisar

1 labu bawang besar Holland } dipotong dadu

500 g kentang } dipotong dadu

2 tangkai daun kari

1 sudu besar rempah kari daging Babas

1 sudu besar rempah kurma

garam dan gula secukup rasa

minyak untuk memasak

1 batang kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang


Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih bersama skit garam sehingga masak/empuk.Kemudian toskan kentang tersebut.

Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang, apa bila wangi masukkan daun kari dan bahan yg di kisar

Kacau sehingga wangi dan agak garing Kemudian masukkan pes rempah tadi.

Tumis lagi sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging, goreng sehingga daging masak.Jika perlu boleh masukkan skit air.

Apabila daging dah empuk serta airnya dah kering boleh masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.

Kacau sehingga bawang layu kemudian masukkan kentang. Kacau rata boleh lah diangkat. Kacau sekejap bolehlah diangkat dan sejukkan. Pastikan sebelum digunakan keluarkan bunga lawang dan kulit kayu manis.


    Thursday, April 7, 2011

    Strawberry Cheese Tart

    stoberi nih bila kita nak, round satu kemaman pun tk jumpa , bila kita tk nak pulak bersepah2 ada .. pagi semalam masa gi pasar borong nk cari cili hijau utk wat jerok cili ada lak cina pasar tuh jual stoberi .. tp tk ler besar2 cam stoberi korea tuh .. yg nih CH mai, so kecik2 dan cute2 jer .. rasa pun tk leh ler nk lawan yg korea tuh kan ..
    tk der special project pun ngan stoberi nih , saje2 beli jer .. pastu dh balik rumah teringat ada lagi stok frosting cream cheese... buat jer lah cheesetart nih .. tk byk pun cuma 4 ketul jer ..hahaha .. saje2 jer cistat nih nk posing maut ngan stoberi kali nih .. mesti menawan kan ..