Sunday, April 10, 2011

Pau Bagus @ Kak Noor Masri

pesan kak noor , kalu nk pau yg gebus tak hengat punya ..jgn cuba derhaka sama resipi ( amaran dari penaja ) hehe .. tks k.noor .. pau nih mmg gebus gebasssss ..

PAU BAGUS

dapur-digital.blogspot.com


Sponge (A)


250g tepung pau

20g gula caster

11gm yis kering

125gm air

Bahan (B)

250g tepung pau

100g gula caster

15g Double Action baking powder

5 g garam

30g shortening

125 gm air


Inti - ikut citarasa dan secukupnya

Cara membuat:

Bahan A,

campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.

Bahan B,

dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air.

Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap. Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit. Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit. Kukus selama 7 -10 minit.


Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.

Tips: Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau. Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.


INTI DAGING

Bahan-bahan :

2 cawan daging yg dah dipotong kecil/halus

4 ulas bawang merah } dikisar

1 cm halia } dikisar

2 ulas bawang putih } dikisar

1 labu bawang besar Holland } dipotong dadu

500 g kentang } dipotong dadu

2 tangkai daun kari

1 sudu besar rempah kari daging Babas

1 sudu besar rempah kurma

garam dan gula secukup rasa

minyak untuk memasak

1 batang kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang


Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih bersama skit garam sehingga masak/empuk.Kemudian toskan kentang tersebut.

Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang, apa bila wangi masukkan daun kari dan bahan yg di kisar

Kacau sehingga wangi dan agak garing Kemudian masukkan pes rempah tadi.

Tumis lagi sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging, goreng sehingga daging masak.Jika perlu boleh masukkan skit air.

Apabila daging dah empuk serta airnya dah kering boleh masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.

Kacau sehingga bawang layu kemudian masukkan kentang. Kacau rata boleh lah diangkat. Kacau sekejap bolehlah diangkat dan sejukkan. Pastikan sebelum digunakan keluarkan bunga lawang dan kulit kayu manis.


    3 comments:

    1. salam kak yati,
      gebu sungguh pau akk...haluss mulusss mcm kat kedai..ngeee

      ReplyDelete
    2. wow yatiee.....terbelalak mata akak tengok pau tuh cantik sgt, bulat, gebussss dan mulus....kalau dpt rasa kan bagus ......tq sbb berani cuba resepi tu hehehe

      ReplyDelete
    3. ade tepung pau jugak ke? mane nak dpt?

      ReplyDelete