Sunday, March 31, 2013

Pulang ke asrama

Dh habis cuti sekolah. Masa utk ke sekolah semula .. flight dr subang ke KT pkl 10 pagi tadi.. sekejap jer dh habis seminggu cuti sekolah .

Abg farid belajar dgn tekun ok.. no more play2 .. jumpa lagi cuti bln 5 nnti.. kalau ada kesempatan mama n abh akan jengok abg kt sana nnti.. no worries.

Petang td  kakak qlah pun dh balik ke kolej semula .. arsyad pula mcm kena amik mc jer esok .. sunat 100% blm ok lagi.. takut nnti kt sekolah terlompat sana, berlari sini..payah nnti..

Teh Tarik Place, Setia City Mall

Petang smlm ingat nk dinner kt Steak House kt Laman Seri.. tp alang2 dh ada kt SCM anak2 ckp dinner kt  area sini saja lah.. tanya arsyad nk makan apa..dia  ckp apa2 saja blh jnji jgn Papparich ..sbb dh sll mkn kt situ..

So kakak qlah decide mkn kt sini..menu melayu plus mamak .. ermm ok lah sedap ..akak amik cham panas dan mee goreng mamak .. Kakak qlah teh tarik dan juga mee goreng mamak. Farid nasi goreng ayam dan  milo suam ..adik nasi goreng kg dan milo ais..

Lps mkn kami sggah jap ke fitness centre nk beli penimbang digital utk timbang lemak2 kt bdn .. ermmmm surprise surpise .. huhuhuhu ..

Lps tuh ingat nk g harvey norman nk beli brg skit tp masa tuh dh maghrib..tnya kakak qlah nk smbhyang kt rmh ke atau kt mall .. dia ckp nk smbhyg kt rmh ..so x jadi ler sggh kt HN ..kami terus blk rmh ..

Saturday, March 30, 2013

Talam Roti Paun

Talam ni k.yati buat masa geng2 surau suami datang usrah kt rumah ..adalah masak sikit2  untuk makan2 masa tuh..antaranya talam roti paun ni..

Bila cari2 gambar talam yg dipotong x der lah x pulak. Maklumlah kalu semua nya nk dibuat x dan dek tgn..sib baik ler sempat gak nk snap gambar masa belum sibuk sgt..

Resipi k.yati ambil dari blog k.wan citarasawan .. alhamdullillah mmg sedap tp arsyad x suka sgt kt bahagian roti.. talam nih ada 3 layar.. layer bwh layer roti..tgh tepung dan atas layar kastard.. .. .

Ok lah nk g bawa anakanda 3 org outing pulak .. td balik dr kenduri kahwin rehat kejap..ni nk keluar lagi ...
Makumlah lah esok dh last day dorang cuti .. kannnnnn

Friday, March 29, 2013

Kek Pelangi / Cake Rainbow

 kek nih aqilah anak dara k.yati yg buat, dh lama dia nk buat sbb dia ckp nk beli one piece pun dh mahal.. resipi dia sendiri yg google .. semua nya dia buat kecuali untuk topping keseluruhan cake k.yati yg buat .. alhamdullillah kek menjadi dgn cantik .. cuma k.yati x berapa suka dgn topping crimcis yg dibuat sbb cepat muak .. kek pulak sedap dan gebu ..

untuk resipi kena cari kt tab qlah dulu sbb dia yg simpan sume resipi yg dia berkenan ..
\

Thursday, March 28, 2013

Kek Red Velvet


Kek ni dh lama k.yati buat .. sangat sedap dan tekstur kek yg sangat gebu dan lembut .. topping krimcis yg sgt sedap .. memang menepati citarasa ...

resipi k.yati dapat hasil kt blog irmalondon yg dh menjual beratus2 biji kek red velvet nih .. utk satu adunan kek dapat 2 biji kek size 6in dgn 2 layer each ..

sumber : irmalondon.blogspot.com
k.yati copy n paste dari blog irma ..
tq irma ..


Resepi Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Jom buat kek.

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. Nanti nak pukul lagi. Sian dia nanti. Berbirat badan kena pukul. ~Cubit kang~

Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering. Bukan apa. Katalah kulit telur tu TERjatuh dalam adunan. Kena pulak mak mertua depan mata nampak. Kang tak pasal-pasal kena leter sedas. Kalau mak mertua tak kisah tak apa. Contohlah kan. Esok-esok saya bagi contoh mak sendiri pulak. Err.. rasanya mak sendiri tak kisah kot. Kan mak..?

Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius. Arahan ni. Jangan main-main. Sambil buat muka comel. Ewah.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu. Ampun ya chekgu.

Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.

Disebabkan saya tak sabar. Gopoh. Nak cepat tengok hasil. Tak sampai satu jam saya dah keluarkan kek dari bekas. Gigih sangat. Hasilnya kek saya sedikit hodoh dan tuannya mula cuak takut pecah berderai. Tahu pun takut. 

Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. Biasalah, saya ni kadang-kadang TERlupa. Belasah ja keluarkan cream cheese dari peti ais. Tak nyempat-nyempat la tu. 

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Sumpah tak tipu. Gabungan semua bahan ni memang sangat-sangat sedap. Ntah berapa kali saya mencuba sampai tak boleh berhenti. 

Cara-cara menghias Topping Cream Cheese.

Sekiranya korang TERlebih rajin. Belah kek menjadi tiga atau empat lapisan. Saya tak berani nak potong. Takut pecah. Siapa yang nangis nanti?

Jadi kek saya ada dua lapis sahaja. 

Ini kaedah dua lapisan

Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah. Ada paham ka? Jadi nanti dia akan terpenyek rata juga.

Sapukan cream cheese mengikut citarasa anda. Saya sapu sikit ja. Tak tebal. Takut konon. Sebenarnya lagi banyak lagi sedap.

Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung. 

Dalam kes saya terbalik. Saya letak bahagian bawah di bawah kerana kesilapan teknikal (tak sabar sebenarnya) kek saya terpecah bila saya nak tanggalkan kertas minyak. 

Sila tuang kesabaran yang tinggi bila mula menghias bahagian atas. Terutamanya orang seperti saya yang baru pertama kali nak buat. Keras tangan sungguh. Dah la takda spatula panjang. Jangan tanyalah alas kek yang boleh pusing-pusing tu. Memang takda. Idea baik punya pun datang. TING..! Guna pisau panjang la jawabnya. HaHa.

Masa ni la saya tabik spring toing.. toing.. pada mereka yang pakar menghias kek. Sebagaimana cantik mata memandang begitu jugalah lembut tangan mereka menari-nari bermain dengan spatula. 

Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais. Tak sabar dah ni nak tunggu hasil esok.

Keesokkan paginya. Naik pejabat terus buka peti. Tak sabar nak potong. Ambil gambar dan makan.

Berdebar ni... Apalah rasa kek baldu merah ni.. Dup.. Dap.. Dup.. Daaappp..!

Dengan segala hormatnya dipersembahkan....


KEK MERAH BALDU / RED VELVET ..

Alhamdullillah

Selesai satu episod.. perkara yg tidak dirancang oleh kami ..

Arsyad dh selamat dikhatankan oleh Dr Maznor ex DEMC .. skg beliau buka klinik sendiri kt Klinik Permata di TTDI .. terima kasih doktor sbb x menolak utk khatankan arsyad wlpn kelinik beliau hanya buat khatan beramai2 hari Ahad lps.. menurut staf beliau kira sgt bernasib baik sbb doktor nk sunatkan arsyad.

Selasa lepas hb call k.yati suruh sunatkan arsyad .. k.yati ada call 2,3 klinik lps tu, tp byk tpt yg x buat.. last2 call erin kwn yg kerja kt DEMC ..dia yg inform pasal doktor maznor .. tp masalah jgk dia x ada no.tel..yg erin ada cuma nama klinik..akak pun google nama klinik dpt ler no.telefon.. terus telefon . Slps berbincang ..staf klinik call akak semula yg doktor bersetuju nk khatankan arsyad.. masa tuh dlm pkl 11am..  appoinment ngan doktor 1 tghari..

Syukur masa proser berkhatan arsyad x menangis sbb di bius.. lps abis ubat bius baru dia merengek skit.. k.yati ngan farid (abg arsyad) msk kebilik dan tgk proses tersebut..hb x der outstation.. dia blk rasanya arsyad dh sihat masa tuh..

Tak sangka gak dlm masa 2 jam k.yati blh buat keputusan nk sunatkan arsyad. Dan arsyad lak x byk soal terus jer ikut tnpa rasa takut..masa doktor tgh sunatkan dia, arsyad siap blh main game lagi kt hp akak.. tima kasih byk2 kt dr.maznor juga sbb merealisasikan perkara nih .. anak sedara akak pun blh sunatkan arsyad.. tp arsyad x nk sepupu dia sunatkan ..dia nk org lain .. hahaha  macam2 hal lah bdk2 ni..

Lupa nk citer ..arsyad sunat cara biasa.klu guna clamp doktor ckp lambat elok nnti x sempat nk ke sekolah.. kena amik mc plk..

Tak kisah lah mana2 pun yg penting arsyad dh sunat .. amin

Wednesday, March 27, 2013

Testimonial Choc Chip Muffin

































Hari ni cucu2 nenetie dr penang dan bangi dtg menziarah.. sempat masak serba sedikit utk lunch.
.
Lepas lunch sempat godek 1 adunan adunan choc chip sambil dibantu oleh cucu nenetie dina ( lupa lak nk ambil gambar) yg sebaya ngan arsyad.

Gambar testimonial cucu nenetie Syiddqie  tgh menikmati choc chip muffin yg masih panas .. Kakak dina pulak cakap kejap jer muffin nih dh tggal sikit.

Kali nih guna adunan yg sama dgn orange choc chip cuma x di masukkan orange emulco dan ditambah 1/4 cawan air panas mendidih..

Laku nenetie wat muffin harini .. laju jer cucu2 nenek mkn.. seronok nenetie tgk.. 

Tuesday, March 26, 2013

Resipi Orange Choc Chip Muffin



Hasil eksperimen last week.. cuba menggunakan buttermilk dan minyak jagung dlm adunan.. alhamdullillah dapat hasil yg memuaskan.

Bahan2

A. Diayak .----
300gm SRF   
30gm serbok koko
Secubit baking powder.

B. Buttermilk
90  gm fresh milk di campurkan
1 sudu besar cuka ..   ::::;;;; 
. biarkan selama 10  minit.

C. Cairkan
90gm fresh cream
60gm coklat masakan
2 sudu besar orange elmulco.

D.
3 bijj telor pecahkan dan dipukul sekejap
Secubit garam
150gm gula halus
150gm minyak jagung

100 gm coklat chip.. ratakan dgn sedikit tepung ..

Cara2 .. 

1.Panaskan oven 200  darjah C
2.Masukkan bhn B,C dan D kedlm mangkuk .. kacau hingga gula hancur dan sebati .. guna hand whisk shj ..
3.Masukkan tepung yg diayak td... kacau sehingga tidak berketul ..
4.Masukkan separuh coklat chip dan separuh lagi utk ditabur di atas adunan.   
5..Timbang 50gm each kedlm souffle cup 2.5oz .. atau 80% drp size paper cup ..
6. Bakar selama 16 - 20 minit.

Selamat mencuba.



Breakfast hari nih

Quick update.. ni breakfast kami hari nih .. ada pggil tortilla/chicken wrap/ buritos.. apa2 ajalah..jnji kenyang perut ..

Resipi utk muffin nnti di update.. sbb pkl 1  nnti ada hal perlu diberesi.. perkara yg akak ambil masa 2 jam utk dilunasi.. persetujuan dibuat on de spot .. nnti kita citer ..

Monday, March 25, 2013

Muffin perfecto

Sementara tggu nk kekuar.. k.yati nk tunjuk kejadian muffin yg akak buat last week.. sgt2 perfect kejadiannya (bagi akak ler)..

Resipi nih hasil eksperiment akak kt dapor.. ingat x jadi tp alhamdullillah cantik merekahnya bak gunung berapi dan manisnya yg sedang2 saja ..

Resipi tggu ya..kita reveal nnti..sementara tuh jamu mata ngan picca akak snap tru hp jer ..

Gambar muffin diambil sejurus keluar dr oven..