Monday, April 18, 2011
Homemade Chocolate..projek terakhir !!!
Labels:
Coklat
Tuesday, April 12, 2011
Kuih Bakar
Bahan-bahan ( 6 org )
1 cup gula (k.yati ltk 3/4 cup jer)
1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
2 tbs butter
3 biji telur
1/2 tsp garam
colour hijau bijan
Cara2
1.campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
2.masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3.panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing
Labels:
Kuih
Sunday, April 10, 2011
Kek Gulung Kasih @ DJ
rasanya rata riti dh buat kek nih , dan sumenya komen sedap dan lembut .. k.yati pulak baru ari nih terpanggil nk buat kek gulung nih .. slow skit pick up tak macam org len .. mmg senang dan sekejap jer buat kek nih, tk sampai sejam dh siap boleh di makan .. tks DJ mtk izin cnp kt blog k.yati..
Kek Gulung Kasih
bahan-bahan : (loyang 9inx 9 in or 10in x 10in)
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor ( k.yati letak 40grms )
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning
cara-cara :
Panaskan oven 170-180C.
Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit.
Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. Gulung kek dengan kemas. Bolehlah dipotong dan
Labels:
Kek
Pau Bagus @ Kak Noor Masri
PAU BAGUS
Sponge (A)
250g tepung pau
20g gula caster
11gm yis kering
125gm air
Bahan (B)
250g tepung pau
100g gula caster
5 g garam
30g shortening
125 gm air
Inti - ikut citarasa dan secukupnya
Cara membuat:
Bahan A,
campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.
Bahan B,
dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air.
Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap. Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit. Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit. Kukus selama 7 -10 minit.
Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.
Tips: Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau. Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.
Bahan-bahan :
2 cawan daging yg dah dipotong kecil/halus
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar Holland } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
2 tangkai daun kari
1 sudu besar rempah kari daging Babas
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk memasak
1 batang kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Cara membuat inti:
Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih bersama skit garam sehingga masak/empuk.Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang, apa bila wangi masukkan daun kari dan bahan yg di kisar
Kacau sehingga wangi dan agak garing Kemudian masukkan pes rempah tadi.
Tumis lagi sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging, goreng sehingga daging masak.Jika perlu boleh masukkan skit air.
Apabila daging dah empuk serta airnya dah kering boleh masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sehingga bawang layu kemudian masukkan kentang. Kacau rata boleh lah diangkat. Kacau sekejap bolehlah diangkat dan sejukkan. Pastikan sebelum digunakan keluarkan bunga lawang dan kulit kayu manis.
Thursday, April 7, 2011
Strawberry Cheese Tart
tk der special project pun ngan stoberi nih , saje2 beli jer .. pastu dh balik rumah teringat ada lagi stok frosting cream cheese... buat jer lah cheesetart nih .. tk byk pun cuma 4 ketul jer ..hahaha .. saje2 jer cistat nih nk posing maut ngan stoberi kali nih .. mesti menawan kan ..
Tuesday, April 5, 2011
Eclair @ Cream Puff
Syabas Dan Tahniah
Labels:
Ronda / Family,
Sekolah
Monday, April 4, 2011
Super Special Penang Char Kuey Teow
Labels:
Mee
Sunday, April 3, 2011
Popia Inti Kentang
Labels:
Kuih
Subscribe to:
Posts (Atom)