Sunday, April 7, 2013

Kek Pisang Sempoi

Ada lebihan pisang yg dh tersangat masak.. dan dh tersgt sesuai utk buat cekodok pisang atau kek pisang.

K.yati pilih utk buat kek pisang . Kek ni bila dh masak terus htr ke rumah SIL sebijik sbb kt rmh x der org nk mkn . Kt rumah SIL sempat merasa sekeping .mmmg gebus dan k.yati dh kurangkan 1/2 sukatan gula dari resipi asal.. manakala utk tepung pulak akak guna SRF , resipi asal guna tepung gandum plus BS dan BP .

Bahan .. 
Source myresipi.com @ sofinar

150gm pisang masak
180 gm tepung SRF
80 gm gula halus (resipi asal 180gm)
3 biji telur
120gm minyak masak
1 sudu kecil ovelate
Secubit garam

Caranya .

Panaskan oven 180ºc

Campur semua bhn dan guna high speed mixed selama 6 minit

Masukkan kdlm loyang yg dh digris dgn minyak .. kalu suka blh dihias dgn potongan pisang diatasnya .

Bakar 40-50 minit..

Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

No comments:

Post a Comment