buat ptg td ..dah lama x wat .. teringin pulak nak mkn .. kat sini x derk jual so terpaksa ler buat ..:D .. sll dihidangkan direstoran2 thai ..
resipi amik kat Myr ... dari Junjs
Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
10 biji sengkuang cina (water chestnut)
beberapa titik pewarna merah/hijau dan air
gula ikut manis
1 mangkuk besar santan sederhana cair
2-3 ulas nangka dipotong dadu (optional)
1 sudu besar sagu di rendam air panas (optional)
2-3 sudu besar tepung sagu/ubi
Cara-cara
*Sengkuang dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu kecil2.
*rendamkan sengkuang yg dipotong dalam mangkuk berisi air dan dititik pewarna sehingga *terendam supaya semua sengkuang jadi berwarna. Biarkan lebih kurang 10-15min dan toskan.
*kemudian gaulkan sengkuang dengan tepung ubi hingga rata dan semua sengkuang bersalut tepung.
*Panaskan air dan bila mendidih, masukkan sengkuang tadi dan kacau supaya tidak melekat. *Biar mendidih lagi dan bila sengkuang timbul, angkat dan toskan.
*Dalam periuk lain, panaskan santan. Masukkan gula. (ada yg guna santan fresh dan x perlu masak, tp jun suka masak sekejap). Bila hampir mendidih, masukkan sagu, sengkuang dan nangka. Angkat dan sejukkan.
*Sedap dihidangkan sejuk2. Bila hendak makan masukkan parutan ais atau masukkan kedalam fridge sebelum mkn ..
sedappp ooo mkn time musim panas nih .. ;D