lagi resipi tertunda utk bf last week ..
Bahan-bahan ( 10 biji-mini size )
Myresipi @ yani
* 1 biji telur
* 3 gula kastor
* 1 sudu besar minyak jagung
* 130ml susu segar
* sedikit esen vanila
* 150gm tepung gandum
* 1.5 sudu kecil baking powder
Cara-cara
Masukkan telur,gula, dan minyak jagung ke dalam mangkuk. Kacau dengan hand whisk sehingga sebati.
Masukkan susu segar dan esen vanila. Kacau lagi.
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
Panaskan non-stick fry pan. Masukkan satu sudu besar utk dapatkan mini size atau satu senduk kecil untuk dapatkan size yang lebih besar ke atas fry pan. Bila nampak lubang-lubang, balikkan pancake tadi ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak.
Buat sampai habis.
Boleh dihidangkan bersama madu, butter or jem.
* Ada org masuk semua bhn2 tu ke dalam blander. Pastu blend sehingga semua sebati.. so ikut sukalah nak buat cara mana.
No comments:
Post a Comment